Permulaan sesi ucapan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kecoh apabila beberapa wakil rakyat pembangkang mempersoalkan kredibiliti Timbalan Menteri, Senator Datuk Heng Seai Kie untuk menggulung.
Bagaimanapun Seai Kie membidas kenyataan itu dengan menyifatkan wakil rakyat wanita pembangkang dengan sengaja memandang rendah kredibilitinya menjalankan tugas sebagai timbalan menteri.
"Sebenarnya tindak tanduk dan hujah-hujah ahli Yang Berhormat (YB) wanita itu tadi telah menidakkan kewibawaan dan keupayaan seorang wanita untuk menjawab di dewan ini.
"Saya kecewa dan sedih dengan hujah-hujah ini," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Isu berkenaan timbul apabila Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mahu penggulungan bagi KPWKM ditangguhkan bagi membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menggulung perbahasan Bajet 2013 di peringkat dasar.
Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur wakil rakyat pembangkang yang membangkitkan isu berkenaan agar tidak memandang rendah mana-mana ahli dewan.
Malah Pandikar Amin menjelaskan tiada Peraturan Mesyuarat yang mewajibkan menteri bagi sesuatu kementerian hadir bagi menjawab atau menggulung perbahasa.
"Peraturan kita jelas, jika tiada menteri, timbalan menteri juga boleh menjawab bagi pihak kementerian yang terbabit. Malah sistem dulu kita ada setiausaha parlimen...dia juga boleh menjawab.
"Kalau nak kata jawatan itu tidak memuaskan hati, Peraturan Mensyuarat juga menyebutkan bahawa tidak semestinya semua jawapan itu dapat memuaskan hati ahli YB...itu jelas. Ketidakhadiran seseorang ahli YB atau menteri itu tidak semestinya menggagalkan mesyuarat kita," katanya.
Namun penjelasan Pandikar Amin terus mendapat bantahan wakil rakyat wanita pembangkang apabila Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) bangun meminta agar Najib hadir ketika Dewan Rakyat membahaskan Bajet 2013 di peringkat jawatankuasa.
Kekecohan yang berlarutan selama lebih 20 minit itu berterusan apabila Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) pula bangun dan mempersoalkan kedudukan Najib sebagai Menteri KPWKM.
Tanpa mengendahkan teguran Speaker Dewan Rakyat, Zuraida secara berterusan mencetuskan kekecohan walaupun sistem pembesar suaranya ditutup.

No comments:
Post a Comment