Sunday, August 26, 2012

Anwar galak lompat parti-Sementara Karpal dan Lim Guan Eng membantah

KITA menilai parti berasaskan dasar parti itu. PKR pimpinan Anwar menggalakan lompat parti-sementara Karpal Singh dan Lim Guan Eng daripada DAP membantah tindakan itu.

Masih segar lagi dalam ingatan, bagaimana Anwar menjaja suatu cerita sebelum 16 September,2008, kononnya kerajaan BN akan tumbang menjelang sambutan Hari Malaysia, kerana 31 MP BN akan melompat ke Pakatan Rakyat.

Pada 29 Julai lalu, Anwar berjaya mempengaruhi dua MP daripada Sabah-Datuk Lajim Haji Ukin dan Datuk Welfred Mojilip Bumburing untuk melompat daripada BN kepada parti Pembangkang.

Sementara itu, BN hanya bersandar kepada Perkara 10(1) Perlembangaan Persekutuan, bahawa adalah satu kebebasan berpersatuan kepada setiap individu. 

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh pada 6 Februari,2009, kerana tiga ADUN Pakatan Rakyat keluar daripada parti mereka dan mengistiharkan sebagai ADUN Bebas, namun hingga kini, pihak BN belum menerima mereka sebagai ahli.

Melihat kepada dasar parti yang di Pakatan Rakyat- sungguh nyata bahawa parti DAP, PKR dan PAS mempunyai haluan masing-masing. Mereka hanya berpakat untuk menjatuhkan kerajaan BN, bukannya untuk kemakmuran negara.

Misalnya masalah Hudud-dasar DAP dan PAS bagaikan langit dan bumi, demikian juga isu lompat parti-antara DAP dan PKR bertolak belakang.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat merupakan koleksi kepada SETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU; dan inilah dasar mereka.

Bagaimana kah mengurus negara dengan dasar itu? rakyat kena bijak menilai, jangan kerana termakan gimik politik Pakatan, maka berstuju untuk mengubah kerajaan atas dasar cuba-cuba.

Yakinlah tindakan cuba-cuba boleh menjahanamkan negara. Semua perancangan yang membabitkan masa dan wang ringgit untuk menjadikan negara, negara maju pada tahun 2020 akan terbantut dan berkecai.

Negara boleh maju kalau ada kestabilan politik dan keamanan. Dua faktor ini ada pada negara ini, atas sebab itu, walaupun berbagai krisis melanda dunia, negara kita tidak menerima tempiasnya.

Bukti bahawa keadaan aman damai, apabila semua rakyat bebas bergerak kemana-mana round the clock tanpa apa-apa ganguan yang serius. Sambutan hari kebesaran agama seperti Hari Raya, Hari Natal dan sebagainya berlangsung secara aman damai. Malah pada hari-hari itu memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat mempererat hubungan.

Bayangkan dasar kerajaan yang ada tiba-tiba bertukar kepada SETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU; dengan ungkapan itu saja terbayang bagaimana onak-onak dalam hati bersemi, menunggu untuk meletup. Dasar ini, tidak akan kemana-mana, lambat laun akan terdedah dan memporak perandakan negara. Akibatnya rakyatlah yang menderita.

1 comment:

nasirwise said...

Penulis turut berpendapat seperti tuan sebagaimana penulis `publish' di blog penulis http://nasirwise.blogspot.com/2012/08/dap-mahu-undang-anti-lompat-pas-ada.html.
Penulis ingin katakan DAP dan PAS (mempraktikkan sumpah taat atau Bai'ah) yang sebenarnya tidak demokrasi.
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

Blog Archive