ALOR SETAR: Kepulangan seorang suami daripada menunaikan solat sunat
Tarawih ‘disambut’ dengan tragedi apabila melihat isterinya terbaring
tidak bermaya dengan kesan kelar di leher di atas katil bilik mereka di
Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, Halimah Yunus, 66, ditemui dalam keadaan berlumuran darah sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Difahamkan, Halimah adalah bekas Ketua Cawangan Wanita Umno Bukit Hangus sekitar 1990-an namun sudah bersara berikutan keadaan kesihatannya.
Suami mangsa, Mee Hashim, 63, berkata dia pulang daripada mengerjakan solat Tarawih jam 9.20 malam sebelum dikejutkan dengan jeritan isterinya yang meminta tolong.
“Sebaik mendengar jeritan arwah, saya bergegas masuk ke bilik dan terkejut melihat isteri berlumuran darah dan tidak bermaya.
“Ketika itu, arwah masih boleh bercakap dan memberitahu seorang lelaki menyerangnya namun tidak mengenalinya,” katanya kepada pemberita di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.
Mee berkata, selepas melihat keadaan isterinya, dia berlari keluar untuk meminta pertolongan orang kampung sebelum menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, arwah biasanya pergi bersamanya untuk menunaikan solat sunat tarawih, namun pada malam kejadian dia tinggal di rumah berseorangan berikutan masalah kesihatan.
Anaknya, Norliza Mansor, 46, berkata dia sempat berjumpa arwah Rabu
lalu dan arwah menyatakan hasrat memakai jubah dan barang kemas
perhiasan sempena Aidilfitri, namun tidak menyangka itu hasrat terakhir
ibunya.
“Saya sudah membeli jubah namun tidak sempat berjumpa emak untuk menyerahkannya. Selain itu, saya bercadang membeli barang kemas perhiasan hari ini (semalam) dan menyerahkan kedua-dua barang itu ketika berbuka puasa, namun tidak kesampaian.
“Kami sekeluarga menerima tragedi ini sebagai takdir Tuhan dan reda dengan ketentuan-Nya, tambahan pula kejadian berlaku pada malam pertama Ramadan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, mangsa cedera parah berikutan kesan kelar di kiri leher dan kehilangan banyak darah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada percubaan samun berikutan barang kemas mangsa masih ada di tubuhnya.
Menurutnya, suspek dipercayai masuk melalui pintu bilik air di belakang rumah mangsa berdasarkan kesan pecah masuk.
“Kami masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini, termasuk motif serangan, sehingga membawa kepada kematian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya.

No comments:
Post a Comment