Adakah percambahan pembukaan kelab-kelab gay di seluruh negara sebagai petanda kewujudan kelompok homoseksual di negara ini?
Lazimnya istilah homoseksual merujuk kepada kecenderungan hubungan seksual sesama jantina iaitu lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.
Homoseksualiti biasanya akan dibandingkan dengan heteroseksualiti dan biseksualiti.
Secara tradisi, istilah gay digunakan untuk merujuk kepada lelaki homoseksual sementara lesbian bagi merujuk kepada wanita golongan ini.
Di Barat, kelakuan atau tarikan seksual sesama jantina ini menular bebas sehinggakan menjadi satu gaya hidup.
Hari ini, gaya hidup gay yang lebih cenderung dikaitkan kepada hubungan lelaki sesama lelaki turut menjadi ikutan di negara ini. Adakah petanda kewujudan kelompok ini dengan bercambahnya pembukaan kelab-kelab gay di seluruh negara?
Kosmo! baru-baru ini mendedahkan kemunculan komik gay yang dijual secara terang-terangan. Meskipun harganya mencecah RM50 senaskhah, laporan itu menyebut komik berkenaan laris dibeli oleh golongan muda yang berumur 25 tahun ke atas.
Antara kelab gay dan komik gay, mungkin ada yang bertanya apakah gaya hidup ini sudah diterima masyarakat Malaysia?
Pengamal perubatan yang juga Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, trend amalan homoseksual di negara ini semakin membimbangkan.
Penularan kecenderungan hubungan sesama sejenis ini dapat dilihat dengan wujudnya kelab-kelab gay di seluruh negara.
Dalam al-Quran katanya, menyebut Allah swt membalas dengan menghancurkan umat Nabi Luth yang mengamalkan hubungan homoseksual.
"Tidak ada jalan pengampunan kepada perbuatan yang songsang sehingga ia menimbulkan kemurkaan Allah swt yang kita tahu bersifat penyayang lagi amat mengasihani," kata Maamor.
Dari segi kesihatan, beliau menyatakan, amalan homoseksual yang melibatkan hubungan seksual menerusi dubur menimbulkan pelbagai risiko kepada setiap pelakunya dan pasangannya.
"Setiap organ tubuh manusia dilengkapi dengan sistem yang cukup sempurna. Ini termasuk darah, saraf, imuniti dan sistem-sistem lain yang sesuai fungsinya. Sistem peranakan, alat kelamin wanita dan hormon adalah berbeza daripada orang lelaki.
"Ada sel-sel khusus untuk memastikan fungsi tersebut dapat dilaksanakan dengan penuh kesempurnaan. Malangnya, apabila manusia sesat daripada sistem tersebut dan melakukan perkara-perkara songsang," jelasnya.
Menurut beliau, sistem saluran usus perut yang bermula dari mulut dan berakhir di dubur dilengkapi dengan sel-sel yang sesuai untuk penyerapan dan pencernaan makanan.
"Sistem pergerakan otot yang berirama ini dikenali sebagai peristalsis yang bergerak dari atas ke bawah. Apabila sistem ini disongsangkan, misalnya menerusi hubungan seksual menerusi dubur akan mengundang kerosakan kepada fizikal, emosi dan kerohanian.
"Memandangkan sistem itu tidak disediakan untuk tujuan yang songsang, ia mengundang pelbagai penyakit seperti AIDS, hepatitis, buasir dan jangkitan bakteria dalam darah," jelas Maamor.
Beliau berkata, hubungan seks songsang itu juga boleh mengundang pelbagai penyakit yang ditakrifkan penyakit jangkitan kelamin (STD).
Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad memberi pandangan bahawa homoseksual perlu dilihat sebagai satu kesalahan jenayah dan moral yang serius.
"Tidak ada bezanya homoseksual ini dengan perbuatan zina. Untuk itu, amalan homoseksual ini perlu dibanteras. Langkah pencegahan perlu diambil dan hukuman perlu dilaksanakan," kata Yusri.
Menurut beliau, pintu-pintu yang boleh membawa seseorang itu kepada gejala yang tidak bermoral itu juga perlu ditutup.
"Kalau ada tempat atau pusat yang dikenal pasti menjadi pusat kegiatan atau aktiviti kelompok homoseksual, tindakan perlu diambil segera. Mungkin dengan menarik balik lesen perniagaan.

Fenomena homoseksual yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia perlu ditangani dengan tegas.

"Laman
web atau majalah yang mungkin ada kecenderungan atau memberi ruang
untuk mesej yang berbau homoseksual juga perlu dipantau dan tindakan
yang wajar dikenakan," katanya.
Yusri juga berkata, pihak berkuasa boleh melakukan operasi pencegahan maksiat homoseksual seperti yang lazimnya digerakkan untuk membanteras penagihan dadah terutama di pusat-pusat hiburan.
Dalam hal ini, tambahnya, kewajarannya ialah untuk kerajaan bersikap tegas dan tidak terikut-ikut dengan negara Barat yang cenderung memberi kebebasan kepada amalan berkenaan.
Yusri juga mahu pihak berkenaan memantau artis atau pelakon yang menonjolkan watak-watak 'lembut' dan seumpamanya.
"Kita tak kata semua yang lembut itu gay tetapi ramai yang terlibat dengan songsang adalah daripada kumpulan tersebut.
"Kita tak mahu mereka ini ditonjol atau dijulang sebagai contoh," tegasnya.
Jelasnya, fenomena homoseksual ini yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia perlu ditangani dengan pantas dan tegas.

1 comment:
Tutup sahaja kelab-kelab gay kerana menggalakkan aktiviti homoseksual tutup juga kelab-kelab yang lain yang mendorong aktiviti zina dan pelacuran. Kelab-kelab ni memang tak elok, gay, straight hanya label sahaya, kesannya sama.
Post a Comment