Wednesday, June 06, 2012

Beku PTPTN untuk UNISEL dan KUIS

Inilah masanya Pakatan Rakyat buktikan bahawa mereka mampu melaksanakan pendidikan percuma untuk pelajar.

Seharusnya mereka bangga kerana dapat membuktikan bahawa pendidikan percuma di Universiti yang dimiliki Pakatan Rakyat.

UNISEL dan KUIS adalah milik kerajaan Selangor. Selangor adalah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat mahu semua bentuk pendidikan di negara ini percuma. Malah, Anwar Ibrahim, awal-awal lagi, mengatakan bahawa sesiapa yang mendapat pinjaman PTPTN, supaya jangan membayarnya.

PTPTN diwujudkan untuk membantu pelajar yang memerlukan pinjaman untuk meneruskan pendidikan. Dikeranakan Pakatan Rakyat menyediakan pendidikan percuma, maka PTPTN tidak diperlukan untuk UNISEL dan KUIS.

Dua tiga hari ini dikhabarkan bahawa untuk sementara waktu semua bentuk pinjaman melalui PTPTN kepada pelajar UNISEL dan KUIS dibekukan; sebabnya.. semua pelajar yang diterima melalui dua universiti milik kerajaan Selangor itu, tidak perlu lagi pinjaman, kerana sara hidup dan yuran ditanggung oleh Kerajaan Selangor.

Mengapa pula para pemimpin pembangkang bising? apabila ada ura-ura pembekuan PTPTN?  inilah contoh para pemimpin yang hanya tahu bercakap, tanpa mengetahui akibatnya.

2 comments:

nazirule ideham said...

Disebabkan politik,rakyat jadi mangsa,anak2 bangsa yg nak sambung pelajaran jadi mangsa,rakyat didahulukan lah sangat,tumbang BN,tumbang!!!!

Unknown said...

mb ade terlepas pandang dgn ayat ni "PKR akan bg pendidikan percuma sekiranya Putrajaya dpt di tawan"

Blog Archive