Penulis penuh kontroversi, Irshad Manji menolak fatwa Majlis Fatwa
Kebangsaan yang melarang umat Islam negara ini menyertai demonstrasi
seperti himpunan BERSIH pada 28 April lalu.
Beliau berpandangan fatwa adalah pandangan ulama semata-mata dan ia bukan perintah Tuhan yang termaktub dalam Al-Quran.
"Keluarkan seberapa banyak fatwa yang anda (mufti) mahu tetapi fatwa anda atau pun anda (mufti) sendiri tiada pengiktirafan Tuhan," kata Irshad dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Awal bulan ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan umat Islam diharamkan menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.
Fatwa yang dikeluarkan seminggu selepas himpunan BERSIH itu dilihat sesetengah pihak sebagai dipengaruhi agenda politik tertentu.
Meneruskan wawancara, pensyarah di New York University (NYU) itu turut mengkritik keras golongan ulama hari ini yang disifatkannya cuba berlagak seperti Tuhan dan mahu penganut Islam menurut perintah mereka tanpa penilaian kritis.
"Anda bukan Tuhan. Hanya ada satu Tuhan dan kerja itu masih belum ada kekosongan," kata Irshad sinis.
Cabar doktrinisasi tanpa penilaian kritis
Beliau sebaliknya menggesa umat Islam kembali kepada Al-Quran yang menuntut penganutnya berfikir sebagai satu wadah untuk meningkatkan keimanan.
"Jika lebih ramai orang Islam faham beza di antara ulama dan Allah, kita akan mengizinkan diri kita melaksanakan perkara yang dianjurkan Al-Quran iaitu berfikir untuk diri sendiri bagi meningkatkan keimanan kita," katanya yang percaya Al-Quran sebagai sumber rujukan tunggal untuk umat Islam.
Irshad dikenali sebagai penulis yang mencabar pemikiran Islam yang diindoktrinasikan tanpa sebarang penilaian kritis.
Kehadirannya di Malaysia adalah untuk mempromosikan buku terbarunya, Allah, Liberty and Love yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Bukunya sebelum ini, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith diharamkan di Malaysia selepas lapan tahun berada di pasaran.

1 comment:
macam pandai sangat....tapi memang tak berapa nak pandailah si betina ke jantan. nak kata jantan nampak macam betina...
bukankah pesan terakhir nabi Muhamad iaitu ada dua panduan umat manusia Al-Quran dan As-sunnah..
Bukan hanya satu panduan..aku bukan orang agama tapi apa makna pesanan nabi Muhamad SAW tu..
Bangun wahai ulamak di Malaysia ni..tangkis penyataan bangang Gay tu!!!
Post a Comment