Tuesday, March 13, 2012

Shahrizat dah letak jawatan, suaminya telah didakwa-Pembangkang masih belum puas

Pembangkang kini cuba mengeret kementerian Pertanian dan asas tani dan Kementerian kewangan dalam skandal NFC.

Walaupun Shahrizat telah meletakkan jawatan, walaupun tidak terlibat dengan skandal itu, akan tetapi melibatkan suaminya dan anak2nya, namun pihak pembangkang belum berpuas hati.

Pembangkang mendakwa hanya melalui Suruhanjaya Diraja sahaja, kononnya boleh memuaskan hati mereka.

Semalam, Pengarah Eksekutif NFC Dato Dr Mohd Salleh Ismail telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah membabitkan RM40.9 juta daripada pinjaman RM250 juta yang diperuntukan untuk projek NFC.

Walau bagaimanapun, Salleh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. Salleh kini diikat jamin sebesar RM500ribu sementara kesnya didengar semula pada 13 April depan.

Skandal NFC kini, sudah dihukum oleh pihak pembangkang terlebih dahulu, sebelum mahkamah membuat keputusan.

Ironinya, pembangkang mendakwa jika bukan kerana desakan mereka, maka suami Shahrizat tidak akan didakwa. Pendirian ini seolah-olah memperkecil seluruh jajaran pihak2 yang terlibat dalam penyiasatan kes ini, selepas didedahkan oleh Ketua Audit Negara tahun lalu.

Pihak pembangkang mengambil kredit daripada ketelusan kerajaan melalui Ketua Audit Negara dalam mendedahkan sebarang salah laku.

Rakyat perlu menilai, tindak tanduk pembangkang yang hanya mencari keburukan kerajaan, manakala usaha kebaikan kerajaan sepertimana pendedahan KAN, tidak diberi merit langsung.

Kerajaan telah mengheret berbagai individu yang terlibat salah laku, seperti dalam isu PKFZ, isu rumah bungalo mantan MB Selangor dan berbagai lagi yang melibatkan para pemimpin kerajaan atau mantan pemimpin.

Secara pasti kerajaan BN yang ada terus berusaha memperbetulkan salah2 laku yang dilakukan. Untuk itu, pihak pembangkang jangan syiok mendakwa, kalau bukan mereka, maka tiadalah pendakwaan.

1 comment:

aku said...

SO KESIMPULANNYA?
MEMANG WUJUD SALAH LAKU DI DALAM KERAJAAN..MEMANG WUJUD PENYELEWENGAN DALAM KERAJAAN..YANG DIDAKWA LAKI KAK JAT.YANG MMBERI PINJAMAN?...YANG MELULUSKAN? KIRE LEPAS LA? SEKARANG BILA JADI KES DEMI KES KAT HANGPA TAU PULAK CAKAP ORANG MCM2...BILA DULU HANGOPA BUAT FITNAH KAT ORANG?..HANGPA NI MEMAG JENIS MANUSIA TAKADA OTAKLA...DAH BUAT SILAP SO SKANG NAK BETULKAN?..GO TO HELL..G MAMPUIH LA WEIH KALO BULEH BETULKAN....

Blog Archive