Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin sejak tahun lalu sudah menampakkan bibit-bibit “berpaling tadah” dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam wawancara dengan beberapa akhbar arus perdana yang disiarkan Ahad lalu, Raja Petra tanpa sayang mulut telah menghentam peribadi Anwar.
Beliau mendedahkan pembohongan Anwar tidak mengenali Datuk Shazryl Eskay Abdullah, kenapa Kempen Bebas Anwar 901 tidak akan mendapat sambutan dan mengapa Anwar tidak sesuai menjadi calon Perdana Menteri.
Setakat hari ini, Anwar cuba mengawal diri dengan mengelak daripada memberi reaksi mengenai kritikan Raja Petra.
Semalam, ketika diminta mengulas segala kenyataan dan serangan Raja Petra ke atasnya Anwar berkata “Saya mengenalinya lama dan beliau tidak pernah menyebutnya. Beliau mulai aktif sejak di penjara. Saya berterima kasih padanya kerana banyak membantu.
“Tetapi beliau tidak bersedia ke penjara dan akhirnya melarikan diri ke London. Setakat itu sahaja saya nak kata.” Tajam maksud Anwar itu.
Tetapi Anwar lupa tentang perjuangan Raja Petra yang menjadi ahli terawal Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) yang ditubuhkan sebagai tindak balas penangkapannya pada 1998.
Raja Petra pernah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kali pertama pada 11 April 2001, apabila Raja Petra dan 10 ahli aktivis pembangkang ditahan di bawah ISA selama 52 hari kerana dituduh bersubahat ingin menjatuhkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu. Kali kedua ditahan mengikut ISA pada 12 September 2008.
Apa pun yang jelas, Anwar tidak akan berani mengulas kenyataan Raja Petra, samalah juga beliau tidak berani membalas kenyataan daripada Nalla Karuppan, Ezam Mohd Nor, Eskay, Umi Hafilda, Zulkilli Nordin, Zaharin dan ramai lagi yang pernah rapat dengannya.
Mereka ini lebih kenal “luar dan dalam” siapa Anwar berbanding penyokong-penyokong setia serta pelajar-pelajar universiti yang hanya kenal Anwar dari jauh serta mudah diperbodohkan.
Tetapi yang lebih menarik perhatian kita ialah semakin ramai kawan rapat Anwar muncul untuk menentang beliau kembali.
Kita dapat rasakan seperti ada sesuatu yang tersirat. Tak mungkin rakan rapat Anwar tiba-tiba berpaling tadah. Kalau pengakuan Raja Petra diragui, tak mungkin perkara sama juga kepada rakan Anwar yang menjadi antara pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad?
Mungkin solat hajat penyokong Anwar yang memohon diberi petunjuk, kini satu demi satu ditunjukkan-Nya. Makin ramai penyokong tegar Anwar keluar senyap-senyap atau tampil mendedahkan siapa Anwar yang sebenarnya. Kini terserah kepada rakyat untuk membuat penilaian, yang penting fikir tentang kelangsungan masa depan politik tanah air.
Ramai anggap Raja Petra dipercayai mengetahui banyak rahsia dan penglibatan Anwar dalam memburuk-burukkan kerajaan. Dan kini beliau sudah tidak sanggup lagi menjadi tali barut Anwar dan menyebarkan fitnah terhadap pemimpin negara.
Berbanding dengan bekas pemimpin PKR dan rakan rapat Anwar, pemimpin PAS nampaknya masih tetap mahu menjadi pencuci dosa Anwar semata-mata kerana kepentingan politik. — Utusan Malaysia

No comments:
Post a Comment