Monday, January 09, 2012

Jelajah Sodomi terakhir Anwar-lembab

Tidak seperti September, 1998 sebelum Anwar ditangkap, di mana masa itu di Anwar mampu menghimpun 50,000 ribu rakyat, namun kali ini, jelajah terakhir Anwar hanya mampu menghimpun lebih kurang 1/10 daripada jumlah tahun 1998.

Semalam Anwar berceramah meminta simpati terakhirnya bagi menghadapi keputusan sodomi II yang akan diputusan pada pagi ini.

Anwar berhadapan dengan tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dalam ucapannya-mampu juga berseloroh "sekiranya Pakatan menang dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan, pada masa itu saya dibebaskan"."Malam ini kita menang, selamatlah saya, apa susah sangat,"

Pada saat-saat terakhir menjelang keputusan yang dinanti-nantikan, Anwar mendedahkan anggota keluarganya meluahkan kebimbangan beliau dipukul seperti dalam perbicaraan kes liwat pertama yang melibatkannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau menjawab perkara tersebut "tidak mungkin berlaku" lagi.

Ucapannya juga turut diiringi dengan ucapan takbir, reformasi dan lawan slogan popular pembangkang "lawan tetap lawan".

Turut hadir berceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Anwar dan puluhan pemimpin PKR sebelum ini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan sokongan terhadap perhimpunan "Bebas Anwar 901" esok.

No comments:

Blog Archive