Sehari selepas perwakilan mencadangkan agar diamalkan sumpah bai’ah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mencadangkan semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama parti dalam sebarang keadaan.
Timbalan Pengerusi Umno Kedah (gambar) ini berkata cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir semalam.
“Dengan cara ini mereka yang didapati melanggar ikrar bertulis akan dikenakan tindakan disiplin,” kata beliau dipetik Bernama Online.
Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai ikrar taat setia perwakilan di hadapan Presiden Datuk Seri Najib Razak demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.
Najib sifatkan ikrar itu sebagai sumpah bai’ah.
Ikrar yang dilafazkan itu antaranya untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi serta memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.
Mengenai pemilihan calon muda pada pilihan raya umum ke-13, Mukhriz berkata, aspek penting calon yang hendak diketengahkan diterima rakyat termasuk golongan profesional muda.
Katanya jika ada ‘orang lama’ yang disenangi golongan muda, aspek berkenaan juga perlu diberi pertimbangan.
“Dalam menonjolkan golongan profesional muda berpendidikan tinggi, mereka harus bersedia dan bersemangat untuk berkhidmat dan pandai bergaul dengan rakyat,” kata Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabansga dan Industri.

No comments:
Post a Comment