Ibrahim Ali (tengah) semasa pre-himpunan Bersih2.0 9 Julai,2011
MEMANG ada risalah yang mengandungi“Free Anwar 901”, “Lawan tetap lawan” and “Rakyat Hakim Negara.” yang dipercayai dalangnya adalah Pakatan Rakyat.Berhubung tersebarnya risalah itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)pada Khamis membuat dua laporan polis di sini bagi menggesa siasatan ke atas dalang penganjur perhimpunan 9 Januari depan.
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 2.30 petang, Khamis oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berhubung perhimpunan 9 Januari.
Ibrahim berkata terdapat pihak tertentu yang merancang untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut dan pastinya keadaan ini akan menganggu ketenteraman awam.
Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.
"Mereka yang merancang ini perlu disiasat dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka sengaja hendak membuat kecoh pada tarikh tersebut, serentak dengan keputusan mahkamah kes Anwar," katanya.
Ibrahim mendakwa terdapat risalah yang menyeru rakyat menyertai kempen itu dan memberi sokongan kepada Anwar dan perkara itu boleh menganggu proses perjalanan kes tersebut.
Pada Himpunan Bersih2.0 pada 9 Julai lalu, Presiden Perkasa itu, tidak kelihatanpun semasa perhimpunan itu.
No comments:
Post a Comment