Ini sahaja IMPAK AUKU-Turunkan Bendera PM
APAKAH AUKU dimansuhkan, sebenarnya tiada impak kepada pola pengundian terutama di luar bandar.Sebagai ibubapa kepada dua orang mahasiswa, yang dua-duanya hampir menamatkan pengajian ijajah ke-2, AUKU sebenarnya tidak secara langsung mempengaruhi akademi seorang mahasiswa.
Kehadiran seorang mahasiswa di bangku kuliah adalah untuk mendapat ilmu sebanyakk-banyaknya, agar ilmu itu boleh disumbangkan kepada masyrakat.
Mahasiswa yang belajar di bangku kuliah, bukan untuk mendapatkan ilmu bagaimana berdemonsatrasi, bagaimana menggangu orang lain, bukan mahasiswa yang tidak beradab.
Seorang mahasiswa dihargai jika mempunyai pengetahuan, kepakaran yang boleh disumbangkan kepada masyarakat, bukan status mahasiwa jalanan.
Percayalah, tindakan mahasiswa yang berdemonstarsi hujung minggu lalu dan sempat menurunkan gambar Perdana Menteri, bukanlah mahasiswa teladan, sebaliknya mahasiswa yang dangkal fikiran dan akal.
AYT Yakin, para mahasiswa yang berdemonstarsi itu tiada kepuayaan dalam akademik, kerana mereka hanya menggunakan fizikal, bukan akal dan minda.
Kerbau digunakan membajak sawah kerana tenaganya, demikian juga kuda digunakan menarik kereta kuda kerana tenaganya, bukan fikirannya.
Mahaiswa yang menggunakan tenaganya adalah mahasiswa yang tidak menggunakan akalnya untuk fikir, apatah lagi untuk merancang.
AYT juga pernah menjadi mahasiswa. Pada tahun 1970-an ramai mahasiswa yang terlibat turun ke jalanan, termasuk Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Hishamuddin Rais, dan ramai lagi. daripada ratusan mahasiswa yang turun ke jalanan masa itu, hanya Anwar Ibrahim dan Ibrahim Ali berjaya meniti karier masing-masing, itupun kerana menjadi ahli Umno.
Sedangkan mahasiswa yang tidak turun ke jalanan, berjaya menyumbang kepada pembangunan negara, baik sebagai pensyarah, doktor, jurutera dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment