LOS ANGELES, 8 Nov — Anggota keluarga dan para peminat Michael Jackson menyambut baik keputusan mahkamah yang mendapati doktor peribadinya Dr. Conrad Murray menyebabkan kematian tanpa niat ke atas raja pop itu dua tahun lalu.
Penyanyi lagu “Thriller” itu ditemui mati pada Jun 2009 ketika berusia 50 tahun akibat penggunaan dos sedatif dan ‘anesthetic propofol’ pembedahan secara berlebihan, yang didakwa diberikan oleh Dr Murray ke atas Jackson untuk membantunya tidur.
Ibu Jackson, Katherine Jackson dan kakaknya Rebbie menitiskan air mata ketika keputusan dibacakan.
Apabila diajukan soalan ketika meninggalkan mahkamah, Katherine dengan ringkas berkata: “Saya gembira.”
Abang mendiang, Jermaine memberitahu pemberita bahawa “keadilan telah diberikan. Michael bersama kami.”
Anggota keluarga yang lain termasuk bapanya Joe Jackson dan adik-beradik La Toya dan Randy meninggalkan kawasan mahkamah tanpa berkata apa-apa.
Bagaimanapun menerusi Twitter, La Toya berkata: “KEMENANGAN!!!!!!” dan kemudian menghantar mesej sekali lagi, “Michael, saya sayang kamu dan saya akan terus berjuang sehingga kesemua dibawa ke muka pengadilan!”
Dr Murray berhadapan dengan hukuman penjara empat tahun, yang akan diumumkan 29 November ini.
Pendakwa berkata mereka berpuas hati dengan keputusan mahkamah.
Ketika ditanya sama ada beliau kecewa, peguam Dr Murray, J. Michael Flanagan memberitahu pemberita: “Sudah pasti”, tetapi tidak memberi sebarang kenyataan.
Aktivis hak asasi sivil Al Sharpton mengeluarkan satu kenyataan dengan bekata, emosi beliau bercampur-campur kerana tertuduh tidak diberi hukuman lebih berat.
“Tetapi gembira kerana juri tidak mempersalahkan Michael atas kematiannya,” kata beliau. — Reuters

No comments:
Post a Comment