Mungkin BN mahir dalam "peperangan dahulu" dan berjaya menang sebanyak 12 kali pilihan raya umum tetapi kali ini, "peperangan adalah dalam bentuk baru" dan BN tidak boleh lagi menggunakan senjata lama dalam peperangan yang moden.
Lakonan mereka dibuat dengan baik dan boleh mempengaruhi rakyat yang tidak perasan perkara ini dan jika difikirkan, mana ada orang yang menerima rawatan di wad hospital akibat kecederaan yang teruk masih memakai baju kuning, katanya.
"Saya lihat mereka menggabungkan Bersih 1 dan 2 di dalam video YouTube untuk burukkan kerajaan dan rakyat akan fikir video itu betul. Saya lihat video itu seolah-olah mereka sudah pun membuat satu skrip yang tersusun," katanya semasa berucap di majlis penutup Konvensyen BN Negeri Sembilan, Seremban pada Ahad.
.
Sementara itu, dalam majlis yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memanipulasi pilihan raya umum di Malaysia supaya kemenangan sentiasa berpihak kepada parti itu.
Katanya jika pilihan raya di Malaysia boleh dimanipulasikan dengan mudah, tidak mungkin BN akan menyerahkan Selangor kepada pembangkang dan Kelantan terus kekal di tangan Pas.
"Walaupun kita tidak manipulasikan, dia tetap akan pusing. Jadi kalau kita tidak jawab dengan baik, orang akan fikir bahawa kita telah memanipulasikan pilihan raya dan gunakan instrumen negara seperti tentera," katanya
Tuduhan bahawa BN menggunakan instrumen negara dan memperalatkan pihak tentera juga adalah tidak benar, katanya.
"Undi tentera pun kita tidak boleh jamin, ada undi tentera kita kalah, tentera itu bila kita lalu depan dia, dia tabik kita, tapi sampai pilihan raya kita kalah," katanya.
Najib berkata salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzaffar yang pernah bertanding atas tiket PKR pernah mengaku kepada beliau walaupun dia tewas di Bandar Tun Razak tetapi dia dapat kelebihan undi tentera di kawasan itu.
Najib berkata, Dr Chandra sendiri menempelak bekas parti yang pernah diwakilinya bahawa tuduhan terdapat penipuan di dalam pilihan raya adalah satu pembohongan yang dibuat oleh pembangkang.
"Bila tentera buang undi dia masuk dalam peti undi, akan ada wakil pembangkang menjadi pemerhatinya. Silap sikit dia akan protes, walaupun kita tidak manipulasi tapi dia pandai pusing," kata Najib.
Kewujudan pihak tentera dan kakitangan kerajaan masih belum lagi membolehkan wakil BN menang secara automatik, katanya.
Apa yang berlaku ialah pembangkang tidak ada jawapan apabila kerajaan mengumumkan pelbagai dasar transformasi yang membolehkan BN mendapat momentum politik, kata Najib.
Pembangkang bagaimanapun masih bijak memutar belit lalu mengadakan Bersih 2.0 dan menyusun satu skrip yang panjang untuk membentuk serangan dari demontrasi, laman web sehinggalah ke tayangan video dalam YouTube.

No comments:
Post a Comment