Thursday, October 20, 2011

Ghapur Salleh lawan Koh Tsu Koon

Datuk Abdul Ghapur Salleh, wakil rakyat Kalabakan, Sabah tidak akan berkata jika perkara yang beliau utarakan mengenai Parti Gerakan itu tidak betul.

Ghafur berkata di dewan rakyat, bahawa Parti Gerakan merupakan liabiti kepada BN dan wakil rakyat yang mewakili Gerakan di Sabah adalah wakil rakyat katak.

Tiga wakil rakyat Gerakan tersebut adalah mantan Naib Presiden LDP, mantan Timbalan Presiden SAPP dan seorang ADUN daripada SAPP.

Ghapur juga mendakwa, bahawa kebanyakan yang hadir semasa lawatan Tan Sri Koh Tsu Koon ke Tawau, bulan lepas adalah ahli-ahli komponen parti lain yang dibayar untuk hadir, khusus perjumpaan dengan Koh.

Koh adalah baru di dunia politik Sabah, berbanding Ghapur. Dengan itu, apabila wakil rakyat daripada Kalabakan itu membuat dakwaan, bukan dakwaan yang direka-reka, namun dakwaan itu berpijak di bumi nyata.

Seharusnya Koh perlu memberi perhatian kepada kemampuan parti itu di Semenanjung, sebelum berhasrat memasuki urusan politik dalaman Sabah, yang sudah begitu teratur dan kemas.

Hujung minggu lalu, Ketua Wanita Gerakan, ada menyuarakan, bahawa sayap parti itu merasa malu, kerana mempunyai kepimpinan yang lemah. Oleh itu, dengan rasa terhormat, sayap parti itu meminta Koh agar berundur atau tidak bertanding dalam PRU-13 akan datang.

Melalui kenyataan Ketua Wanita Gerakan itu, adalah jelas bahawa kenyataan Ghapur adalah berasas.

Sebagai rekod, Koh adalah Ketua Menteri Pulau Pinang pada PRU-12 lalu, dimana kita menyaksikan semua kerusi yang ditandingi Gerakan baik DUN mahupun Parlimen tewas kesemuanya, termasuk Koh.

Bagi AYT, adalah berbaloi bagi sesebuah parti itu bertanding di Sabah, jika parti itu mempunyai sokongan daripada rakyat. Parti Gerakan, adalah parti yang ditolak di Semenanjung, dan ramai yang beranggapan, bahawa pada PRU-13 akan datang, kemampuan parti itu mendapat kerusi cukup tipis. Jika jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu tidak dikurang, maka besar kemungkinan akan mennyumbang kepada kealahan BN secara keseluruhan.

Berasaskan persepsi itu, maka itulah yang dimaksudkan oleh Datuk Abdul Ghapur Salleh sebagai liabilti kepada BN. Kepada Tan Sri Koh, perlu memberi pertimbangan kepada faktor-faktor ini, sebelum berura-ura masuk gelangang di rantau orang.

No comments:

Blog Archive