Friday, October 14, 2011

AWIE masuk UMNO

Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman bersama beberapa orang artis masuk UMNO.

Sementara itu, pada sidang akhbar tersebut, Awie bersama rakan-rakan artis lain yang antaranya seperti Zed Zaidi, Adam (AF), Ezany Nizarif dan Rashdan Baba akan bekerjasama dengan Pemuda UMNO menganjurkan pertandingan BN 1 Youth Music.

Pertandingan yang dibuka kepada semua golongan itu akan bermula di sekitar pertengahan bulan November dan tarikhnya akan diumumkan tidak lama lagi.

Menurut Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin, para peserta perlu melalui uji bakat dengan merakamkan video nyanyian masing-masing dan kemudian ia perlu dihantar ke laman web rasmi pertandingan berkenaan.

"Peserta-peserta yang dipilih akan melalui proses saringan pula sebelum ke peringkat seterusnya iaitu pertandingan separuh akhir dan akhir yang diadakan secara langsung pula.

"Saya harap, menerusi pertandingan ini, lebih ramai lagi remaja berbakat tampil menunjukkan skil nyanyian masing-masing lebih-lebih lagi apabila mereka hanya perlu merakamkan video nyanyian sahaja tanpa perlu rasa takut untuk berhadapan dengan juri," katanya.

Tambah Khairi, BN 1 Youth Music juga tiada kaitan dengan unsur-unsur politik, malah ia diadakan agar dapat mengumpulkan anak-anak remaja melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Antara selebriti yang akan bekerjasama dalam pertandingan ini ialah Awie, selaku ketua juri, Zed Zaidi, Adam AF, Ezany Nizariff, Rashdan Baba, Hairy (Kool) dan Alfa (Nico).

No comments:

Blog Archive