DI tanah air, jutaan rakyat Malaysia gembira dengan Bajet 2012 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Namun di Australia, episod berbeza menyelubungi skuad bola sepak kebangsaan yang sememangnya sudah dijangka ‘bajet’ kalah oleh segelintir peminat fanatik tempatan sebelum ini apabila dibelasah Socceroos 0-5 dalam aksi persahabatan di Stadium Canberra petang semalam.
‘Menepati ramalan’ awal apabila aksi dilihat cukup berat sebelah dengan penguasaan Australia sepanjang tempoh 90 minit permainan, ia sememangnya satu mesej yang cukup berguna buat pasukan kendalian Datuk K. Rajagobal dalam usaha menimba ilmu di pentas antarabangsa.
‘Jangan pernah berhenti berharap’. Demikian semangat yang wajar ditunjukkan oleh peminat bola sepak tempatan yang harus akur mengenai perbezaan kekuatan kedua-dua pasukan yang ‘ibarat langit dengan bumi.’
Hakikatnya, skuad negara berada di ranking ke-147 dunia, manakala Australia di tangga ke-19.
Justeru, usah cepat melenting atau berterusan meratap episod kekalahan pasukan kebangsaan.
Aksi pemain negara juga tidak harus diperlekehkan dalam usaha menggempur kubu tuan rumah. Cuma pengalaman sahaja yang membezakan kedua-dua pasukan.
Kegagalan mengawal gawang dengan sempurna apabila bolos sebanyak lima kali juga tidak boleh diletakkan terus ke atas penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang dilihat ‘tidak menang tangan’ pada aksi semalam.
Apa yang pasti, Rajagobal perlu memikirkan sesuatu bagi mengatasi kerapuhan benteng pertahanan yang jelas mudah diperkotak-katikkan oleh jentera serangan Australia menerusi gol seawal minit kedua oleh tonggak Middlesbrough, Rhys Williams.
Selain itu, keupayaan dua pemain Australia yang beraksi di Liga Jepun, Josh Kennedy dan Alex Brosque yang masing-masing berjaya menjaringkan dua gol semalam juga harus membuka mata ramai pihak supaya mengambil dasar ‘Memandang ke Timur’ berbanding sekadar teruja mahu mencuba nasib di Liga Perdana England.
Dalam perlawanan itu, gol-gol kemenangan Australia dijaringkan oleh Williams pada minit kedua, Josh Kennedy (ke-32 dan 45) serta Brosque (ke-31 dan 69).
Malaysia yang sesekali dilihat kembali mengasak begitupun kecewa apabila gandingan Mohd. Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha gagal menjaringkan gol seperti yang diharap-harapkan.
Biarpun perlawanan itu dilihat tidak lebih daripada sekadar ‘memanaskan badan’ oleh skuad kendalian Holger Osiek menjelang perlawanan menentang Oman bagi kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia, kita seharusnya berbangga dijemput pasukan itu supaya dapat melihat dan merasai sendiri jurang perbezaan antara kedua-dua pasukan.
Sekurang-kurangnya, Kanggaru masih mempunyai belas ihsan apabila sekadar ‘menghadiahkan’ lima gol buat pemain negara, tidak lebih daripada itu.
Apa pun, Harimau Malaya harus terus berjuang.

No comments:
Post a Comment