Buku itu menggariskan janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat yang akan dilaksanakan jika ia berjaya merampas pentadbiran di Putrajaya.
"Umno begitu berminat dengan Buku Jingga, sehingga mereka juga mempunyai versi sendiri," kata ahli parlimen Permatang Pauh kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mendakwa buku-buku itu diterbitkan oleh Umno bagi menangkis strategi ekonomi yang dijanjikan menerusi Buku Jingga.
Anwar juga menunjukkan bahan-bahan bercetak lain yang menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai "penipu" sambil menekankan kelebihan menyokong BN.
Antaranya, sebuah buku kecil itu yang bertajuk 'Tranformasi vs Reformasi' memaparkan janji-janji yang ditawarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Anwar.
Komik berjudul, 'Siapa Rosmah?'pula mempertahankan isteri Perdana Menteri daripada dakwaan pembangkang bahawa beliau membazirkan dana negara dengan mengamalkan gaya hidup mewah.
"Saya tidak bimbang tentang hujah-hujah mereka terhadap Buku Jingga, tetapi apa yang saya mahu timbulkan adalah serangan mereka terhadap saya, pemimpin-pemimpin PAS dan DAP, dengan cara yang kurang ajar," kata Anwar.
"Mereka menggambarkan kami sebagai penjenayah, menggunakan dana negeri untuk memburuk-burukkan kerajaan ... malah mereka juga timbulkan isu perut buncit saya, yang saya tidak ingat pernah ada perut yang buncit.
"Mereka boleh kata Rosmah ini pemurah dan dermawan dan berjimat cermat ... Tidak menjadi masalah tetapi janganlah fitnah orang lain," katanya dengan berang.
No comments:
Post a Comment