Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.
Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.
kLaporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya memutuskan semua isu yang berkaitan dengan reformasi pilihan raya.
Sebelum ini, Nazri ada membayangkan bahawa semua cadangan berhubung reformasi pilihan raya perlu dibincang dan diputuskan oleh jawatankuasa khas berkenaan.
Jawatankuasa khas itu yang akan dibentuk dalam sidang parlimen akan datang - mulai 3 Oktober ini - dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu ekoran tekanan pembangkang dan pertubuhan sivil untuk reformasi sistem pilihan raya.
Pembangkang masih belum memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk reformasi pilihan raya.

No comments:
Post a Comment