Latest News

Sodomi II:Kalau palitan tidak disejukbeku selepas 48jam- palitan itu musnah dengan sendirinya

Pakar DNA Australia Dr McDonald memberitahu mahkamah perbicaraan sodomi II Anwar Ibrahim hari ini, bahawa calitan kapas yang diambil daripada dubur Saiful akan musnah dengan sendirinya akibat tindakan bakeria jika tidak disejukbeku.

Mahkamah sebelum ini diberitahu bahawa selepas calitan kapas yang diambil daripada dubur Saiful yang dijalankan oleh doktor HKL, telah disimpan oleh pegawai penyiasat kes sodomi II, Jude Perera ke dalam locker tidak dilengkapi alat sejukbeku, sebelum diserahkan pada Jabatan Kimia oleh dianalisis.

Satu persoalan yang akan timbul, jika calitan kapas yang dimaksudkan untuk tujuan analsis DNA tidak dapat diterima mahkamah, maka dengan sendirinya tuduhan liwat ke atas Anwar akan digugurkan atas sebab teknikal. Jika ini berlaku, maka kes sodomi I berulang semula.

0 Response to "Sodomi II:Kalau palitan tidak disejukbeku selepas 48jam- palitan itu musnah dengan sendirinya"

Blog Archive