Timbalan Presiden Pas yang baru meminta pemerintah negeri Kedah dan Kelantan perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri.
Mat Sabu menyifatkan kerajaan DAP Pulau Pinang dibawah pemerintahan Ketua Menteri Daripada DAP Lim Guan Eng sebagai pemerintahan yang beritegriti.
Menurut Mat Sabu, walaupun ada perubahan pada pemerintahan Kelantan dan Kedah, namun belum cukup dan yang lebih buruk lagi katanya-masih ada lagi golongan dalam PAS yang berfikiran seperti pemimpin Umno.
"Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap (Datuk Seri) Najib (Razak) bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal."Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu.
Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan.
"Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada Tok Guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990.
Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai.
Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.
Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.
"Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk.
"Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana', saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya.

No comments:
Post a Comment