Tuesday, June 14, 2011

Dalang Himpunan BERSIH-bukan NGO tetapi Pakatan: Zaharin

KONSENSUS Bebas Dewan Rakyat telah menghantar notis usul berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18(1) kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan SriPandikar Amin Mulia pada pukul 10 pagi Isnin bagi membahaskan usul tergempar berhubungdemonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadual pada 9 Julai depan.

Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (Bebas-Bayan Baru) berkata, Parlimen perlu mendesak pihak berkuasa agar bertindak bagi menghalangperhimpunan berkenaan yang jelas boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.
"Parlimen perlu buat keputusan untuk mendesak agar pihak berkuasa termasuk kementerian dan pihak polis supaya ambil keputusan untuk menhentikan usaha Bersih bagi mengadakan perhimpunan jalanan," katanya pada sidang media di Parlimen pada Isnin.

Hadir sama ialah Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai).

Menurutnya usul berkenaan perlu dibahaskan kerana memenuhi syarat iaitu khusus terhadap perkara tertentu, mempunyai kepentingan kepada rakyat dan perlu disegerakan.

Mengulas lanjut Zahrain berkata, pihaknya meragui demonstrasi Bersih yang kononnya dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana percaya kumpulan berkenaan didalangi oleh parti pembangkang.

"Kami tak ada masalah kalau mereka nak serahkan memorandum, tapi kita yakin cara yang digunakan ini akan timbulkan masalah.

"Malah kami juga yakin NGO yang anjurkan Bersih ini sebenarnya digunakan oleh parti pembangkang untuk mencetuskan kekecohan.

"Walaupun namanya Bersih, tapi ia dianjurkan dengan niat yang kotor oleh pembangkang untuk kepentingan mereka," katanya.

Laporan Suara Keadilan bertarikh 7 Jun lalu memetik Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai berkata bahawa seramai hampir 60,000 akan menyertai perhimpunan berkenaan.

Malah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada muktamar parti itu awal bulan ini turut menggesa seluruh rakyat negara ini termasuk NGO dan parti politik menyertai gerakan Bersih kedua itu.

Perhimpunan itu dirancang untuk mendesak kerajaan melaksanakan sistemdemokrasi dan adil dalam proses pengundian pilihan raya.

No comments:

Blog Archive