Dakwat kekal untuk pilihanraya: Perlu ubah perlembagaan terlebih dahulu. Inipun Ambiga tidak tahu, atau pura-pura tidak mahu tahu.
Tujuan Himpunan Bersih2.0 salah satunya adalah menuntut penggunaan dakwat kekal dalam PRU-13 akan datang; selain itu-mahukan masa kempen minima 21 hari-bebas menggunakan RTM atau media yang ada hubung kait dengan kerajaan.
Menang dalam pilihanraya bukan bergantung pada itu semua. Sebenarnya rakyat awal-awal lagi telah buat keputusan parti mana yang mereka mahu. Sentimen merupakan petunjuk awal kepada kemenangan sesebuah parti yang bertanding.
Rakyat menenilai kemampuan sesebuah parti berserta pemimpinnya; atas sebab itu-pada PRU 2004, kemenangan besar dicapai oleh BN, kerana sentimen Mr Clean Tun Abdullah. Namun, selepas 4 tahun, rakyat melihat bahawa kepimpinan Abdullah dikuasai oleh bebudak Tingkat 4 Putrajaya. Selain itu, akibat kemenangan besar pada 2004 itu, para pemimpin BN menjadi riak dan sombong serta arrogant. Akibatnya, rakyat muak,, maka berlakulah tsunami politik pada PRU-2008.
Kemenangan Pembangkang di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan, bukan kerana pembangkang kuat, namun akibat protes pengundi tegar BN. Cuba bayangkan, pada PRU 2004, Kelantan hampir ditawan oleh BN, namun pada PRU-2008, BN terkulai dengan mudah.
Berasaskan kepada dua senario PRU itu, kemenangan sesebuah parti bukanlah atas sebab tuntutan BERSIH itu, kemenangan ditentukan oleh sentimen dan persepsi rakyat terhadap sesebuah parti itu.
Tujuan BERSIH berhimpun pada 9 Julai hanya untuk memperkuat memontem Pembangkang menjelang PRU 13; kerana mereka mengambil iktibar pada perhimpunan Bersih pada tahun 2007, akibatnya pembangkang berjaya menawan 5 Negeri dan Wilayah. Disebabkan tujuan pembangkang kini menawan Putrajaya-maka sekali lagi himpunan BERSIH dijadikan alat pemangkin.
Bagi AYT-kalau pun Bersih berjaya menghimpun ratusan ribu pada 9 julai, jika rakyat jelata tidak menyokong pembangkang pada PRU 13, maka perhimpunan itu hanya menjadi sia-sia; sebaliknya jika rakyat mahu Pakatan Pembangkang menubuhkan kerajaan Malaysia yang baru, tidak perlupun berhimpun; kerana semangat seperti itu tidak akan membangkar semangat rakyat yang berada di ceruk perkampungan dan perdesaan dari Sabah hingga ke Perlis.

No comments:
Post a Comment