Monday, June 13, 2011

Bahana Nafsu: Penguatkuasa agamapun dibelasah

Nasib baik salah seorang penguatkuasa agama di Besut Terengganu ada senjata api, jika tidak sudah tentu rakannya teruk dibelasah, seorang lelaki berumur 27 tahun yang ditangkap berkhalwat dengan seorang perempuan berumur 17 tahun yang dipercahayai daripada Kampung Jerimpong, Kuala Balah, Jeli, Kelantan.

Rakan pengkuatkuasa agama itu, terpaksa melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran, kerana lelaki yang ditangkap berkhalwat tersebut menumbuk dan mencederakan muka salah seorang dari tiga penguatkuasa pencegahan maksiat di Besut, Terengganu.

Suspek, walau bagaimanapun berjaya ditangkap.

Akibat bahana nafsu, maka pertimbangan sudah tidak wujud lagi, apatah lagi terhadap manusia; sedangkan larangan agama dan Allahpun dipersenda.

No comments:

Blog Archive