Saturday, June 11, 2011

Ada yang kata Umno gusar kerana Pas ubah prinsip

Ada yang kata, apabila Pas berubah prinsip perjuangannya daripada negara islam kepada negara berkebajikan, maka dikatakan Umno gusar dan mengelopar.

Persepsi ini dibayangkan sendiri oleh pemimpin Pas Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut calon Timbalan Presiden Pas yang tewas itu, Umno kini ibarat "pesakit" yang sedang menglopar, kerana terkena tiupan bomoh pas.

Sebenarnya Umno, tidak gusarpun, sepertimana pengakuan AMT UMNO Datuk Nazri Aziz, bahawa dengan kedudukan Pas yang mengubah prinsip perjuangannya itu, maka sebenarnya memberi laluan mudah kepada Umno, menarik sokongan pengundi melayu.

Pas kini mempunyai platform yang sama dengan Umno, sama-sama berjuang untuk negara berkebajikan. Namun, Umno mempunyai rekod selama lebih 50 tahun mengurus negara berkebajikan, sebaliknya Pas baru sahaja menciplak perjuangan umno itu.

Pas kini adalah "umno palsu" sepertimana kata Nazri-menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Pas kini mengalami sindrom penerimaan di peringakat akar umbi-ekoran secara mendadak perubahan prinsip tersebut. Malah, DS Najib dan mantan perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata; Pas memaksa dirinya berubah, untuk mengikuti desakan DAP yang tidak senang dengan prinsip Pas selama ini- yakni berjuangan menubuhkan negara islam.

Malah Tun Mahathir berkata- Karpal Singh, tidak perlu mati lagi demi Pas melangkahi mayatnya, kerana sebelum Karpal matipun, Pas sudah berubah. Malah-mantan Perdana Menteri itu mengucapkan tahniah kepada Karpal kerana kejayaannya tersebut.

Perubahan prinsip Perjuangan Pas itu adalah semata-mata untuk menarik bukan islam menyokong calonnya pada PRU-13 akan datang-sepertimana kenyataan Timbalan Presdien Pas yang baru dipilih- Mohammad Sabu- bahawa jika dia bertanding di kawasan Bukit Bintang Kuala Lumpurpun, melawan calon MCA, maka dia akan menjadi pemenang.

Melalui perubahan prinsip Pas itu, maka parti itu mempertaruhkan perjuangannya sejak 50 tahun lalu, dimana tujuan penubuhan parti itu adalah untuk menubuhkan negara islam di negara ini.

Kini, dengan perubahan prinsip perjuangan Pas itu, tidak lagi timbul,anggapan para penyokongnya-bahawa tidak akan masuk syurga, kalau tidak menyokong Pas. Tidak lagi timbul fatwa Nizar Jamaluddin- bahawa haram syarie mengundi Umno-kerana Umno dan Pas kini sudah serupa.

Sebenarnya melalui perubahan prinsip perjuangan Pas itu, Umno akan lebih mudah menghadapi dakwaan-dakwaan Pas yang bersifat retorik, kerana Pas tidak mempunyai asas yang kukuh berhujah dengan Umno. Terpulang kepada Umno memanfaatkan kepincangan Pas yang dicipta oleh Pas sendiri.

No comments:

Blog Archive