Friday, May 06, 2011

Video Seks: Kalau Anwar fikir Eskay buat fitnah: Anwar patut saman!!!

Anwar patut saman Eskay-jika Anwar anggap bekas kawan karibnya itu membuat fitnah. Apa yang Anwar tunggu lagi? Kini, akibat pendedahan video seks yang melibatkan Anwar yang didedahkan oleh Trio Datuk T pada 21 Mac lalu dan dimuat turun di Youtube pada 28 April lalu, ramai sudah rakyat percaya, bahawa pelaku dalam video seks tersebut adalah Anwar.

Trio Datuk T, selain mendedahkan video seks tersebut, kumpulan itu juga telah bersumpah laknat pada 29 April lalu bertempat di Masjid Amru Al-AS Sentul; yang mengatakan bahawa pelaku dalam video seks tersebut adalah Anwar Ibrahim-Pemimpin Umum PKR.

Selepas dimuat turun rakaman penuh video seks tersebut di Youtube, yang memampangkan dengan jelas wajah Anwar-hingga kini pihak Anwar terutama isterinya belum membuat apa-apa penafian mengenai video seks tersebut.

Berlainan apabila klip video seks part 1 muncul di Youtube pada 5 April lalu, dengan cepat Wan Azizah menafikan bahawa pelaku dalam video seks tersebut bukan suaminya.

No comments:

Blog Archive