Ekoran laporan Utusan berhubung usaha sekumpulan paderi kristian menggantikan agama rasmi negara daripada islam kepada kristian dan seterusnya mahukan Perdana Menteri beragama kristian; kini laporan tersebut dijadikan asas oleh Lim Guan Eng, kononnya pengaut agama kristian dalam negera ini terancam.
Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut malah memberi amaran, jika berlaku ancaman kepada umat kristian negara ini, maka yang dipertanggungjawabkan adalah BN.
BN perlu bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian tidak diingini, yang kemungkinan menimpa komuniti Kristian ekoran tindakan parti itu memperakui dakwaan laporan Utusan Malaysia kononnya pihak berkenaan mahu mengubah status Islam di negara ini.
Setiausaha Agung DAP itu berkata perikatan itu sengaja enggan menghukum akhbar milik Umno itu, yang menyebarkan kempen membenci dengan pembohongan terhadap komuniti Kristian.
“Dengan kegagalan menghentikan kempen pembohongan Utusan Malaysia yang berterusan, akhbar milik Umno, kerajaan BN, (sebenarnya) mencetuskan kebencian ke atas komuniti minoriti Kristian,” katanya.

No comments:
Post a Comment