Media baru berasaskan internet dilihat sebagai jambatan maya terbaik bagi para pemimpin politik mendekatkan diri dengan rakyat khasnya para pengundi muda yang celik IT.
Pemimpin politik daripada kedua-dua pihak semakin peka akan kesan hebat media baru ini, yang melihat 'tsunami politik' 2008 semasa Pilihanraya Umum ke-12.
Oleh itu, sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, media baru dilihat sebagai satu bentuk komunikasi yang penting untuk menyampaikan mesej dan mampu mendekatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.
Dengan hanya satu klik pada tetikus, pelbagai mesej bernas, menarik dan bersahabat boleh dikirim secara pukal dari Internet ke telefon bimbit kumpulan sasaran.
Mesej-mesej mudah yang ikhlas seperti, "Selamat mengikuti kuliah dengan tekun untuk mencapai cita-cita anda" dan "Salam sejahtera. Sudahkah menelefon keluarga di kampung yang mendoakan kejayaan anda?", akan menyentuh perasaan dan mampu menambat hati kumpulan berkenaan.
"Jika dikirim secara berkala, ia akan menjadi peringatan yang bagus untuk kita. Tentulah kita akan merasa lebih dekat dengan wakil rakyat yang mengambil inisiatif seperti ini, yang mengambil berat," kata Ilham Nadzmi, pelajar tahun dua sebuah universiti tempatan.
"Tapi setakat ini, tak ada pun kita terima mesej seperti ini," kata pula Nur Syafiqah Abu Samah, pelajar perubatan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
PELBAGAI PENDEKATAN MESRA PENGUNDI
Ilham dan Syafiqah adalah antara puluhan ribu pelajar institusi pengajian tinggi baik awam mahupun swasta di seluruh negara, yang bakal menjadi pengundi pertama kali pada PRU 13 dan tinjauan Bernama mendapati mereka masih berfikiran terbuka berhubung pilihan parti dan calon.
"Yang pasti kami akan memilih wakil rakyat yang dekat dengan kami, yang kami kenali dan boleh kami hubungi terutama untuk mengadu hal," kata seorang lagi pelajar UniKL Ikhwan Mustafa, yang mengakui belum terpengaruh oleh mana-mana parti politik.
Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor pernah mengambil pendekatan mesra pengundi dengan memastikan para pengundi berdaftar di kawasannya menerima kad ucapan selamat hari lahir, kad perayaan kaum selain ucapan tahniah di atas kejayaan anak-anak dalam peperiksaan.
ADUN Barisan Nasional (BN) itu menang tanpa bertanding pada pilihan raya yang lepas, terbantu oleh kiriman SMS beliau selain tentunya memberikan perhatian berat terhadap kebajikan dan sakit demam para pengundi.
Kini dengan wujudnya pelbagai media sosial seperti Twitter dan Facebook, memudahkan lagi para pemimpin politik melakukan sentuhan peribadi kepada pengundi, sama ada untuk berkirim salam dan bertanya khabar mahupun menjawab tuduhan dan tohmahan di kala demam pilihan raya.
MEDIA BARU
Malahan, kebanyakan pemimpin BN berharap dapat mencontohi pendekatan peribadi Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui Twitter dan Facebook, yang kini mempunyai hampir 120,000 pengikut.
Pemerhati politik Hamidzun Khairuddin menyebutkan beberapa nama lagi wakil rakyat BN yang aktif menggunakan saranan media baru untuk mendekatkan diri kepada rakyat seperti Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
"Rakyat memahami kesibukan para wakil rakyat tetapi mereka mempunyai pembantu yang boleh mengendalikan media baru ini untuk berkomunikasi dengan rakyat, asalkan memang ada jambatan untuk berhubung langsung," katanya kepada Bernama.
Beberapa pemerhati lain berkata BN sedar pentingnya media baru termasuk SMS apabila mereka mengakui 'tsunami politik' pada 2008 banyak digerakkan oleh pembangkang melalui platform seperti blog yang membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan terhadap kerajaan.
Mereka berpendapat BN wajib memanfaatkan senjata yang sama untuk kembali memenangi hati, kepercayaan dan undi rakyat terutama ratusan ribu pengundi baru selain melalui media tradisional.
MASIH TIDAK MELIHAT PERUBAHAN KOMUNIKASI
Setelah tiga tahun tsunami politik itu berlalu dan Najib sendiri menekankan pentingnya penggunaan medium itu oleh para pemimpin BN. Sudahkah saranan itu disambut oleh para pemimpin BN?
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Institut Perkembangan Minda (INMIND) Norizan Shariff, BN selama menumpukan kepada politik pembangunan dan majoriti pemimpin BN merasakan dengan menyediakan perkhidmatan terbaik sudah cukup untuk meraih sokongan rakyat.
"Itu boleh diteruskan tetapi kecanggihan teknologi komunikasi yang ada tidak wajar diketepikan apatah lagi ia adalah jambatan terbaik mencapai semua pengundi," katanya, yang menambah bahawa walaupun kadang kala terdapat usikan yang nakal disebarkan tetapi ia perlulah dijawab segera dengan baik dan matang.
Menurut Norizan, beberapa pemimpin politik BN masih tidak dapat melihat dunia komunikasi yang sudah berubah, apatah lagi untuk mengambil peluang memanfaatkannya untuk mengukuhkan BN.
BERI LEBIH BANYAK SUARA KEPADA RAKYAT
Berdasarkan catatan blog Norizan di www.nobisha.com yang bertajuk '10 ANGGOTA PARLIMEN TERATAS DI TWITTER', Najib berada di tangga teratas tetapi hanya dengan dua lagi pemimpin BN iaitu Khairi dan Datuk Mukhriz Mahathir, manakala pemimpin PKR dan DAP mengisi tujuh lagi tempat.
Bagi Norizan, media sosial ini adalah platform yang memberi lebih banyak suara kepada rakyat, berbanding dengan ruangan terhad di media massa tradisional yang walaupun masih relevan tetapi tidak begitu digemari generasi muda sekarang.
Bagi Anggota Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan pula, Twitter adalah platform baginya untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan secara terbuka untuk manfaat rakyat selain untuk mendapat maklum balas daripada rakyat dan menunjukkan perhatian beliau kepada masalah dan kebajikan mereka.
"Dasar-dasar kerajaan mungkin kedengaran menjemukan tetapi kalau kita konsisten membuat penjelasan dengan cara menarik terutama mengenai manfaatnya untuk rakyat, saya percaya generasi Twitter ini akan menerima hujah yang logik," katanya, yang mempunyai laman twitter.com/mpkotabelud.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment