Thursday, May 12, 2011

Bekas isteri Datuk K kahwin semula

KUALA LUMPUR 12 Mei – Bekas isteri Suami Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K, Tengku Datin Zawyah Tengku Izham selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Datuk Rayyan Joseph King hari ini.

Dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dengan mas kahwin RM501 di Hotel Royale Chulan di sini, Rayyan yang juga bapa kepada dua anak perempuan itu bergelar suami kepada Zawyah tepat pukul 11.06 pagi ini.

Pada majlis yang sama, pasangan mempelai bertukar-tukar dulang hantaran iaitu tujuh dulang daripada Rayyan termasuk wang hantaran RM38,888.88 manakala Zawyah membalas dengan sembilan dulang antaranya sirih junjung, wangian, al-Quran dan sejadah, manisan dan jam tangan.

Rayyan yang memeluk Islam pada pertengahan Februari lalu berkenalan dengan Zawyah melalui seorang kenalan hampir dua tahun lalu. - Utusan

No comments:

Blog Archive