AYT terbaca melalui laman FB Ketua Umno bahagian itu pada Khamis seolah mempertikai sokongan Datuk Salleh Tun Said terhadap kepimpinan Datuk Musa Aman.
Ketua Bahagian itu berkata Salleh sebagai Mantan Ketua Menteri Sabah yang banyak membuat kegagalan. Namun kegagalan apa yang dimaksudkan oleh Ketua Bahagian itu-hanya dirinya sendiri yang mengetahuinya.
Salleh pada majlis sambutan Ulang Tahun yang ke-60 Musa Aman yang bertempat di Bangunan Umno Sabah Kota Kinabalu, pada malam Rabu lalu menyeru agar kepimpinan Musa Aman perlu dipertahankan, pada masa kini mahupun selepas PRU-13.
Fakta yang menyokong kepada saranan Salleh tersebut adalah proses pembangunan yang sedang berjalan di Sabah, bukan sahaja mendapat pengiktirafan negeri-negeri lain, malahan juga pucuk pimpinan tertinggi negara. Selain itu, Ketua Menteri Sabah itu juga merupakan penyandang AMT UMNO yang mendapat undi kedua tertinggi pada pemilihan Umno tahun 2008.
Menurut Salleh, Musa Aman perlu diberikan masa yang mencukupi untuk mentransformasikan pembangunan negeri, kerana pelaksanaan perancangan perlu mengambil masa yang panjang. Buktinya mantan Perdana Menteri Tun Mahathir memerlukan masa 22 tahun untuk menukar ekonomi negara daripada berasas pertanian kepada negara industri.
Sarawak diditerajui oleh Taib selama 30 tahun untuk mengubah negeri tersebut kepada salah satu negeri terkaya di Malaysia.
Jawatan Ketua Menteri sekurang-kurangnya memerlukan seseorang itu memegang jawatan 10 tahun atau dua penggal, untuk menterjemahkan semua perancangan yang direka pada tahun pertama menjawat jawatan.
Salleh dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, selepas Tun Sakaran dalam sistem penggiliran Ketua Menteri, hanya memegang jawatan itu selama 18 bulan-yakni dalam fasa perancangan pembangunan 5 tahun. Kejayaan pembangunan tidak boleh dilihat pada fasa tersebut, kerana BN baru sahaja memerintah mengambil alih daripada PBS selepas PRU tahun 1994.
Pembangunan yang dirancang pada fasa Salleh sebagai Ketua Menteri-baru terlihat semasa Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri. Pada fasa Yong Teck Lee, Bernard Dompok dan Osu Sukam, pemeritahan BN masih dalam proses perancangan. Selepas Chong Kah Kiat, maka Fasa merancakkan pembangunan berlaku, yakni di kala Musa Aman mengambil teraju kerajaan sebagai Ketua Menteri.
Selain perancangan pembangunan yang direka dan dirancang pada tahun 1994-Musa menambah perancangan tersebut dengan Hala Tuju Sabah. Melalui visi tersebut, Sabah yang merupakan salah satu negeri termiskin di Malaysia, untuk pertama kalinya mendapat perolehan melebihi 3 billion pada tahun 2010. Melalui pendapatan tersebut, selain peruntukan kerajaan persekutuan, maka Sabah boleh lah membangun negeri yang luas tersebut mengikut acuannya sendiri, agar supaya Sabah baru maju pada tahun 2020.
Kenyataan Ketua Bahagian Umno Sepanggar tersebut-mungkin ada niat tertentu, bukannya berasas kepada senario politik atau senario pembangunan negeri.
Kenyataan itu juga seolah-olah menolak Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah, merangkap Ketua Perhubungan Umno negeri dan Pengerusi BN Negeri.
Salleh dengan kedudukkannya sebagai Timbalan Ketua Perhubungan Umno negeri adalah kena pada tempatnya menyokong ketuanya.
Salleh sebagai pemimpin nombor dua kena mengiktiraf dirinya sebagai orang ke dua, atas sebab itu, untuk kerharmonian dan kejayaan parti, maka orang nombor dua senantiasa bersama pemimpin nombor satu.
Dalam politik tidak salah apabila ada pemimpin yang tidak sehaluan, namun menyerang secara peribadi sepertimana kenyataan Jumaat itu- menggambarkan bahawa Salleh tidak mempunyai kreadibilti sebagai pemimpin.
Menyerang Salleh, sama juga menyerang Presiden Umno dan Perdana Menteri DS Najib, kerana DS Najiblah yang melantik Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Selain itu, menyerang Salleh juga, merupakan serangan kepada Musa Aman, kerana Musalah yang melantik Salleh sebagai Speaker DUN Sabah. Sekiranya Salleh dianggap telah "banyak" membuat kegagalan, mustahil DS Najib memberi kepercayaan kepadanya.
AYT merasakan disebalik kenyataan Ketua Umno Sepanggar itu ada sesuatu disebaliknya, kenayataan tersebut bukanlah kenyataan Umno Sepanggar, melainkan kenyataan peribadinya.
Seingat AYT, Ketua Umno tersebut merupakan individu yang banyak mendapat faedah secara kewangan ataupun kedudukkan semasa Salleh masih Ketua Menteri. Ketua Umno itu banyak mendapat faedah semasa penswastaan Sama Industrial Products (SIP) kepada Sabah International Dairy ketika beliau sebagai Pengerusi GLC Sabah tersebut.
Jumat Haji Idris
Saya menerima SMS dari kawan yang memberitahu datuk salleh said mengeluarkan kenyataan " musa should continues cm after next election" . Kenyataan seorang speaker juga mantan ketua menteri melayu yang banyak membuat kegagalan.
Thursday at 10:25am via iPhone

No comments:
Post a Comment