Friday, April 22, 2011

Anwar sakit belakang-cukup dirawat di ICU Azizah

Anwar Ibrahim yang dilaporkan mengalami sakit belakang sehingga terpaksa membatalkan lawatan ke Pulau Pinang berkata, beliau tidak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), sebaliknya “hanya ICU jagaan” Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Alhamdulillah kesihatan terkawal — belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah. Insya-Allah akan terus dengan jadual ke PK (Sabtu); Kuching (Ahad),” kata Anwar dalam mesej Twitternya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat sepatutnya berada di Pulau Pinang selama dua hari tetapi dibatalkan kerana dilaporkan mengalami sakit belakang.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berada di luar negara sejak Sabtu lalu setelah berkempen di Sarawak hampir dua minggu sempena pilihan raya negeri Sarawak.

Anwar menghadiri lawatan ke luar negara sebaik sahaja kempen pilihan raya negeri berakhir Jumaat lalu.

No comments:

Blog Archive