Friday, April 01, 2011

ADUN Lenggeng dipenjara kerana rasuah-membuka laluan PRK-17

PRK ke 17 perlu diadakan bagi kawasan DUN Lenggeng Negeri Sembilan. PRK ini merupakan kali ke dua di negeri tersebut selepas Bagan Pinang.

Kawasan itu kosong berikutan penyandangnya Mustafa Salim dijatuhi hukuman penjara 3 tahun dan denda RM20,000.

Walaupun hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan daripada tertuduh, namun Mustafa sudah terpalit dengan isu moral. BN tiada pilihan selain menasihatkan Mustafa supaya mengosongkan kerusi itu untuk memboleh pilihanraya kecil diadakan.

Hari ini Mahkamah sesyen Seremban menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM 20,000 kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000.

Pada 4 Mac lalu, Mustafa, 51, didapati bersalah atas dakwaan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah Sesyen mendapati tertuduh bersalah terhadap tuduhan menerima suspan itu daripada M. Manimaran sebagai balasan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Ketika itu, Amran berkata tertuduh didapati tidak melakukan sebarang langkah positif untuk tidak menerima wang yang diletakkan dalam sampul surat itu.

Mustafa, 51, Adun Barisan Nasional (BN), didapati bersalah mengikut Seksyen 10(a) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan itu di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, dekat sini, pada pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Mustafa pernah dibebaskan dari dua lagi pertuduhan rasuah iaitu menerima suapan RM3,000 daripada Manimaran melalui Mustafa Pendek di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada pukul 11 pagi, 28 Ogos 2008.

Tertuduh juga bebas dari dakwaan meminta suapan sebanyak RM2,000 dari kontraktor yang sama di pejabat SPRM negeri di Jalan Datuk Klana Ma''amor di sini pada pukul 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Dalam dua pertuduhan tersebut, pihak pembelaan berjaya membuktikan bahwa wang yang diminta itu adalah bagi melaksanakan program bantuan Majlis Anak-Anak Yatim dan Warga Tua.

Pihak pembelaan meminta mahkamah menunda tarikh menjatuhkan hukuman dengan alasan anak tertuduh yang berstatus Orang Kurang Upaya mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui ayahnya akan dikenakan hukuman.

No comments:

Blog Archive