Wednesday, March 02, 2011

Sodomi II: Yang penting Lelaki Y telah dikenal pasti

Bicara dalam bicara sodomi II hanya mempertikai bagaimana barangan Anwar yang dianalsis dan didapati bahawa DNA Anwar adalah DNA lelaki Y yang dijumpai pada anus Saiful itu diperolehi.

Apa kah barangan Anwar itu boleh dijadikan bukti di mahkamah, bukan lah perkara pokok, perkaranya adalah mencari siapa lelaki Y itu.

Kini telah jelas bahawa lelaki Y itu adalah Anwar. Sekiranya Anwar menolak bahawa barangan itu bukan miliknya, itu bermakna, bahawa Lelaki Y itu bukanlah Anwar.

Satu jalan bagi mahkamah adalah meminta Anwar memberikan sampel DNAnya. JikA sampel DNA Anwar yang diberikannya tidak sepadan dengan DNA lelaki Y itu, maka tuduhan sodomi II ini secara automatik gugur.

Alibi Anwar dalam bicara dalam bicara ini, hanya berpaksi pada cara penahanannya dan cara didapatnya barangan Anwar itu yang digunakan untuk tujuan analisis DNA.

AYT bukanlah pakar undang-undang, tetapi secara lojik, Anwar telah ditangkap pada 16 Julai 2008 kerana tuduhan meliwat. Kes Anwar samalah apabila seseorang wanita mendakwa dirogol oleh sipulan bin sipulan. Apabila pihak polis mendapat laporan seumpama ini, polis akan bertindak menangkap sipulan itu. Sipulan diberi peluang di mahkamah untuk mengenepikan tudahan merogol itu. Semasa sipulan itu ditahan, pihak polis boleh bertindak mengambil DNAnya atau airmaninya, untuk tujuan analisis apakah terdapat pada kemaluan si pengadu.

Namun bagi kes sodomi II ini, Anwar enggan memberikan DNAnya, kerana menurutnya akan disalahgunakan untuk memerangkapnya. Namun, atas ketentuan dariNYA, siapa yang bersalah tetap bersalah, maka Anwar TERLUPA melupuskan barangan yang digunakannya selama dalam lokap, pada 16-17 Julai, 2008. Barangan tersebut berupa berus gigi, air botol cactus dan tuala Good Morning. Sekiranya Anwar semasa dibebaskan pada pagi 17 Julai, 2008 membawa bersama barangan terebut, jelas hingga kini DNA lelaki Y itu akan menjadi lelaki misteri.

Walaupun apapun, sama-sama kita tunggu perjalanan BICARA DALAM BICARA yang beermula esok jam 2.30 petang dihadapan Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, yang juga bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

No comments:

Blog Archive