Rakyat Malaysia, kalaupun bukan semua, akan tetapi majoriti rakyat tertunggu-tunggu keputusan mahkamah Isnin depan, apakah keputusan mahkamah mengenai permohonan pihak pendakwaan melalui akta bukti 1950, seksyen 73 akan dikabulkan?.
Keputusan mahkamah akan dibuat sejurus hujah penguambela Anwar Karpal Singh membuat hujah menepis hujah Penguamcara II Negara, Datuk yusof Zainal Abdien pada Isnin.
Kemuskilan rakyat sehingga ke hari ini adalah keingin tahu mereka siapakah lelaki Y yang di sebut semasa perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim.
Pengesahan tidak dapat dibuat di sebabkan sikap melengahkan perbicaraan oleh barisan peguambela yang di ketuai oleh Karpal Singh. Setiap kali bicara maka keluarlah perangai bantah untuk tunda kes sehari demi sehari.
Demonstrasi sana sini oleh rakyat Malaysia yang ingin tahu tetapi mereka terus menerus belum mendapat jawapan dari mahkamah. Apakah ini akan berterusan untuk selamanya? Atau kah pada Isnin semua kemuskilan rakyat itu akan terjawab?
Seksyen 73 Akta Keterangan dengan jelas menyatakan suspek dalam kes ini perlu memberikan sampel darah untuk membuktikan beliau tidak bersalah dan arahan perlu datang dari mahkamah yang mengadili kes berkenaan.
Jika sekiranya permohanan pihak Pendakwaan tidak dibenarkan oleh mahkamah; apakah mahkamah dan undang-undang kita yang ada pada hari ini disifatkan hanya untuk menghukum kumpulan yang tidak mampu sahaja dan melepaskan golongan yang berada?
Jika ini berlaku maka lebih ramailah orang kaya dan ternama akan terlepas dari perbuatan terkutuk sedangkan mangsa akan merana di sepanjang hayat. Peranan penguatkuasa undang-undang tidak penting lagi pada waktu itu dan hukuman jalanan boleh di jatuhkan di mana jua jika rakyat tidak berpuashati dengan proses mahkamah.
Kenapa suspek kes liwat ini sangat gusar jika sampel darahnya di minta oleh mahkamah jika tidak bersalah?
Mungkin kegusaran ini ada di sebabkan suspek memang tahu siapa lelaki Y yang sebenarnya dan boleh mengaitkan suspek lelaki Y ini dengan kes yang lebih serius. Keengganan lelaki Y ini menyerahkan sampel darah memang jelas sekali sejak hari pertama bila hakim menolak bahan bukti semasa "trial within trial". Penolakan bahan bukti ini memang tidak di sangka oleh banyak pihak.
Sebaik sahaja pemolakan bahan bukti berkenaan Anwar kelihatan begitu ceria sekali. Sungguh malang sekali nasib mangsa liwat dan rogol akan datang bila bahan bukti yang di kumpul begitu senang sekali di terajang dalam tong sampah.Akibatnya, ramailah perogol dan peliwat akan melakukan jenayah serta bebas dari penjara di merata Malaysia jika kes ini di jadikan sebagai satu rujukan.
Jika kita melihat kepada tindak tanduk Anwar Ibrahim, beliau memang merancang tidak akan menyerahkan sampel darah untuk ujian DNA. Telah pun di canang di merata pelusuk negara samada oleh beliau sendiri mau pun oleh penyokong tegarnya.
Di Sarawak Anwar berbohong konon undang undang memihak kepadanya sebab tidak bersalah. Di Penang hadapan penyokongnya beliau turut mengulangi perkara yang sama.
Bagi merancak lagi isu penafian DNA ini dijangka juak juak Anwar akan menjelajah seluruh negara termasuk dakwaan Nik Azmi Nik Ahmad ADUN Seri Setia berkempen dan menipu rakyat konon Anwar tidak bersalah dan keadilan kian menjelma di pihak yang tidak bersalah.
Adakah keadilan yang di tuntut oleh setiap rakyat Malaysia akan berlaku atau undang undang itu hanya untuk golongan miskin manakala yang kaya raya dan berkuasa akan terlepas begitu saja? Sama-sama kita tunggu keputusan Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah pada Isnin 21 Mac,2011.

No comments:
Post a Comment