Sekatan No Fly Zone terhadap Libya dan disusuli oleh serangan yang bertubi-tubi bermula malam sabtu lalu, hanya bertujuan membunuh rakyat Libya yang tidak berdosa.
Beginilah akibatnya jika sebuah negara yang tidak mempunyai kekuatan. Mudah sahaja, PBB meluluskan serangan ke atas negara anggotanya.
PBB seharusnya melindungi negara anggotanya, namun bagi negara yang kaya minyak, semuanya itu tidak berlaku.
Libya adalah negara ke dua selepas Iraq, dengan mudah PBB meluluskan No-Fly Zone dan diikuti dengan serangan senajata canggih, kononnya untuk menguatkuasakan No Fly tersebut.
Selepas dua hari- Libya diserang-Pemimpin Libya Muammar Gaddafi hari ini berkata serangan ketenteraan perikatan lima negara Barat sejak semalam ibarat tindakan pengganas dan pihaknya akan menewaskan musuhnya.
Dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen kerajaan hari ini, Muammar berkata Libya bersedia untuk perang yang panjang dan kesemua rakyat Libya akan membawa senjata untuk mempertahankan negaranya.
“Kami tidak akan meninggalkan tanah air kami dan kami akan membebaskannya (dari musuh),” kata beliau.
Siaran televisyen itu membawa suara Muammar tanpa menunjukkan imej beliau.
Dalam pada itu, pegawai kesihatan Libya berkata bilangan kematian ekoran serangan sejak semalam meningkat kepada 64 orang berbanding 48 korban yang disebutkan awal pagi tadi.
“Mereka mati kerana kecederaan, jadi angka kematian meningkat,” kata pegawai itu tetapi enggan menyatakan namanya.
Angka itu tidak dapat disahkan oleh sumber bebas.
Agensi berita Jana pula melaporkan kerajaan sudah mula mengagihkan senjata kepada lebih sejuta orang rakyatnya dan akan menyempurnakan kerja-kerja pengagihan dalam sejam.
Jana memetik sumber-sumber Kementerian Pertahanan Libya berkata mereka “menjangkakan operasi (pengagihan) akan selesai dalam beberapa jam lagi, untuk membekalkan wanita dan lelaki dengan senjata.”

No comments:
Post a Comment