Latest News

NIK Aziz salah seorang pemimpin agama "Syaitan bisu" : Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu video lucah terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

“Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu... yang diarahkan untuk berkata yang benar tapi tidak lakukan adalah syaitan bisu,” kata Hadi lagi.

Semalam di Stadium Melawati sempena ceramah video lucah Anwar-walaupun Nik Aziz turut hadir, namun MB Kelantan itu tidak memberi ceramah atau komen mengenai video lucah Anwar itu, sebaliknya NIK AZIZ hanya berdoa dan bertakbir 3 kali. Hadi Awang berucap mendahului Nik Aziz sempena majlis itu. Nik Aziz merupakan pemimpin terakhir di majlis tersebut; yang ditunggu-tunggu ucapannya pada malam itu.

Menurut Hadi tindakan Datuk T mendedahkan video lucah Anwar itu merupakan satu kezaliman.

“Jadi sebagai rakyat kita diwajibkan untuk tidak terlibat dengan kerja-kerja mungkar ini, percayalah pemimpin Barisan Nasional (BN) . . . kamu tidak akan kekal buat selama-lamanya . . . percayalah fitnah dan kezaliman yang kamu lakukan ini adalah tanda bahawa perubahan akan berlaku,” kata Hadi ketika menyampaikan ceramah selepas program solat hajat dan Pidato Khas ‘Menangkis Fitnah Jahat’ di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Awal minggu lalu, negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, dengan pelacur dari China.

Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Menurut Hadi, pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu disifatkan beliau sebagai “permainan politik” kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita sedang mengalami satu peristiwa permainan yang sangat kotor bukan sahaja mengikut ajaran Islam bahkan ia bercanggah dengan amalan demokrasi yang diamalkan manusia sejagat.

“Kita sedang mengalami satu kecelaruan yang amat menakutkan di seluruh dunia dan apa yang berlaku ini wajib untuk kita lakukan perubahan,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Marang ini, mengikut undang-undang Islam mana-mana individu dituduh terlibat dalam satu perkara termasuk zina tidak boleh dianggap sebagai pesalah selagi ia tidak dibuktikan di mahkamah.

“Orang yang dituduh dianggap tak bersalah selagi tak dibuktikan dan sebarang tuduhan yang dibuat dalam negara bertamadun hendaklah melalui proses mahkamah dan keadilan, bukan melalui media atau perbualan masyarakat.

“Mengikut kaedah perundangan Islam atau hudud yang berkait dengan isu moral dan sebagainya ia akan ditolak jika berlaku kekeliruan dan ia dibuat di mahkamah bukannya orang lain,” katanya.

Tambah Hadi, kerajaan persekutuan sepatutnya mengambil sikap yang telus dan adil bagi membawa individu yang terlibat ke muka keadilan dan tidak sesekali berkompromi dalam perkara yang menyalahi undang-undang.

“Sepatutnya pihak berkenaan ambil tindakan, siasat siapa jurukamera, pelakon, penerbit dan pengedar . . . orang ini yang perlu disiasat.

“Jika kerajaan bertanggungjawab, maka kerajaan tidak akan terlibat dengan kemungkaran ini yang mana rakyat wajib mencegah kemungkaran daripada berlaku.

“Marilah kita melakukan perubahan supaya tidak ditimpa bencana,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis

0 Response to "NIK Aziz salah seorang pemimpin agama "Syaitan bisu" : Hadi Awang"

Blog Archive