Sunday, March 06, 2011

Merlimau-Kerdau: Sokongan semua kaum kembali pada BN

BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,319 undi.Jumlah undi rosak diterima ialah 132 undi.

Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004.

Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang besar dengan majoriti 2,724 undi.

BN memperolehi 5,060 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,336 undi.Jumlah undi rosak yang diterima ialah 90 undi.

Majoriti kemenangan tidak rasmi BN itu mengatasi jumlah yang diperolehi pada pilihan raya umum 2004.

Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi Cina telahpun kembali kepada BN di Kerdau.

No comments:

Blog Archive