Sunday, March 13, 2011

Beri DNA dulu baru cakap nak ambil alih Putrajaya

Beri DNA dulu, barulah cakap nak ambil Putrajaya.

Semalam Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan akan dilakukan mengikut proses demokrasi, melalui peti undi dan pilihan raya umum.

Berucap di majlis pelancaran Buku Jingga dan majlis mengumpul dana PKR Wilayah Persekutuan malam tadi, Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak akan mengikut apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.

“Kita tak nak buat benda-benda seperti di Mesir atau Tunisia. Jika kita mahukan demokrasi, kita akan lakukannya melalui peti undi dan melalui pilihan raya umum.

Katanya, Malaysia ialah sebuah negara yang hebat dan cantik dan ia tidak sepatutnya dipimpin oleh mereka yang korup dan tamak.

Tunisia berdepan dengan penentangan rakyat Disember tahun lepas. Apa yang bermula sebagai demonstrasi rakyat, merebak ke seluruh negara itu, dan akhirnya mengakibatkan kejatuhan Presiden Zine El Abidine Ben Ali.

Ia diikuti oleh demonstrasi di Mesir sehingga membawa kepada penyingkiran Presiden Hosni Mubarak - yang memerintah negara itu selama 30 tahun.

No comments:

Blog Archive