Anwar Ibrahim akan masuk ke kandang saksi hari ini dalam perbicaraan dalam perbicaraan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan peguam Karpal Singh berhubung penerimaan empat barang bukti yang diambil dari sel lokap, tempat tertuduh ditahan selama satu malam pada 16 Julai,2008.
Sehubungan itu, ada kemungkinan pihak pembelaan Anwar juga akan memanggil dua atau tiga saksi untuk menunjukkan pendapat mereka bahawa penangkapan Anwar adalah tidak sah dan kenapa mahkamah perlu mengecualikan barang bukti yang diperoleh secara tidak sah.
Semalam Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah membuat keputusan membenarkan permohonan Karpal selepas mendengar penghujahan daripada pihak pendakwa dan pembela, bahawa pada umumnya mahkamah tidak mengambil tahu bagaimana barang bukti itu diperoleh.
"Memandangkan pihak pembelaan menuntut mahkamah menggunakan kuasa kebijaksanaan bagi membenarkan permohonan mereka bagi perbicaraan dalam perbicaraan, dan memandangkan dakwaan mengenai cara yang tidak sopan dan ketidakadilan dalam mendapatkannya dibangkitkan, dengan ini saya membenarkan permohonan ini" Kata Hakim Mohd Zabidin.
Pada Selasa, bekas Ketua Makmal Forensik PDRM Cheras Supt Hamidon Adnan memberi keterangan bahawa beliau memperoleh empat barang bukti iaitu rambut, botol ait, tuala good morning dan berus gigi, dari sel yang dihuni oleh Anwar di tingkkat 7 ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Anwar, 63 dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25 yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiu=akasih, Bukit Damansara, antara 3.01 dan 4.30 petang pada 26 Jun,2008.

No comments:
Post a Comment