Friday, February 11, 2011

Siapa Dr Kua Kia Soong???

Mengikut pengamatan AYT, Dr Kua Kia Soong adalah seorang activis dan cauvanis yang hanya memperjuangkan kepentingan sempit kaumnya.

Walaupun sering kedengaran beliau berhujah atas alasan dan prinsip sejagat untuk memperjuangkan sekolah-sekolah Cina (melalui Dong Jiao Zong), menentang satu masa dulu Dasar Kebudayaan Nasional, tuntutan kaum Cina (melalui Suqiu), dan lain-lain, jelas sekali tersirat disebaliknya usaha-usaha yang tidak mengambil kira masaalah orang-orang Melayu dan negara.

Mahukah kita hayati slogan parti politiknya yang konon menjuangkan "Malaysian Malaysia" tetapi ianya hanya kesinambungan slogan politik Lee Kuan Yew? Slogan ini juga berakar umbi kepada slogan "Malayan Malaya" yang dilaungkan diawal tahun2 1900 oleh kaum pendatang jemputan British yang bukan rakyat negara ini semasa itu. Mengapa sesudah menjadi warganegara, parti Dr Kua masih melaungkan slogan pendatang?

Sekiranya dilayan kehendak dan tuntutan beliau, terjaminkah masa depan orang Melayu? Tentu sekali, tiada erti jika kemajuan negara hanya dinikmati oleh satu kaum, manakala ianya membawa kemunduran kepada kaum lain, yang membabitkan rakyat "original inhabitant" negara ini.

KINI Pengarah Suara Anak Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong berkata, walau sehebat mana Tun Dr Mahathir Mohamad cuba membersihkan imejnya berhubung Ops Lalang 1987, ia hanya akan mendedahkan banyak lagi kebenaran ketika insiden itu berlaku.

"Setidak-tidaknya satu fakta menonjol. Dr Mahathir sekarang tampaknya malu kerana peranannya dalam Operasi Lalang dan beliau hanya membenarkan tindakan pengecutnya itu selepas dua dekad lamanya," kata Dr Kua dalam satu kenyataan media.

Kenyataan Dr Kua itu terbit susulan daripada kenyataan mantan Ketua Polis Negara , Tan Sri Hanif Omar yang berkata Dr Mahathir tidak pernah mengarahkan penangkapan pembangkang secara beramai-ramai di bawah Ops Lalang.

"Pertama-tamanya, apa yang kita harapkan dari seorang bekas IGP yang bersara daripada jawatan tertinggi dalam jabatan polis dan menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang berkaitan dengan perjudian seperti Genting Higland.

"Ada dua isu di sini, etika pegawai atasan dalam kerajaan yang menyertai syarikat yang akan memberikan kesan kepada jabatan tempat beliau bertugas sebelum itu, dan yang kedua, sikap hipokrit melarang pekerja Islam bekerja di syarikat yang menyediakan arak namun membolehkan golongan elit Muslim masuk ke tempat perjudian," tulis Dr Kua.

Katanya, yang aneh, orang seperti Hanif Omar bermati-matian mendakwa beliau merupakan pemimpin pasukan polis ketika itu dan dengan penuh tanggungjawab menjalankan tugas dalam Operasi Lalang tanpa menerima sebarang arahan mahupun tekanan politik oleh Mahathir yang ketika itu adalah menteri dalam negeri.

" Tapi adakah (Mahathir) boleh lepas dari tanggungjawab walaupun bekas IGP dengan begitu hebat tampil ke hadapan dan mendapatkan kredit untuk itu?" soal Dr Kua terhadap tindakan Dr Mahathir yang terus-terusan cuba berselindung.

Malah Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, beliau telah bertemu dengan pembangkang dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Bahkan mantan perdana menteri itu juga mendakwa, beliau tidak boleh berbuat apa-apa selain patuh dengan tindakan pihak polis.

Berikut adalah petikan "About the Author" dalam buku "May 13" karangan beliau.

Dr Kua Kia Soong is the Principal of the New Era College, a non-profit tertiary-level institution run by Dong Jiao Zong, the two major associations associated with the Malaysian Chinese education movement. He first joined the movement in 1983 as an education adviser and became Research Director of Huazi Resourse & Research Centre when it was set-up by the fifteen major Malaysian Chinese organisations in 1985.

He was arrested under the Internal Security Act during "Operation Lalang" in 1987 and detained for 445 days without trials. Upon release in 1989, he helped to found SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), which is the leading human rights NGO in Malaysia today. He is still a director of SUARAM.

Together with other civil rights activists, he joined the Opposition Front in 1990 and was elected Opposition Member of Parliament for Petaling Jaya from 1990 to 1995.

He was a prisoner of conscience for a second time in 1996 when he was arrested and detained for six nights with other activists for organisaing the Second Asia Pacific Conference on East Timor after it had been disrupted b a mob from the ruling coalition.

Kua received his BA Econ (1975), M A Econ (1976) and PhD in Sociology (1981) from Manchester University and lecturer at the National University of Singapore in the Seventies.

No comments:

Blog Archive