Saturday, February 12, 2011

PRU Sarawak: Najib Sahkan Taib Mahmud sudah ada inspirasi tarikh bubar DUN

Sepertimana dipetik daripada Bernama- apabila diajukan pertanyaan-apakah Taib Mahumud-Ketua Menteri Sarawak-telah ada tarikh inspirasi mengenai penentuan pembubaran DUN Sarawak- Perdana Menteri berkata- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini sudah ada inspirasi dalam menentukan tarikh pilihan raya negeri.

"Dia sudah ada inspirasi," katanya semasa menjawab soalan sekiranya langkah mengadakan Konvensyen BN Sarawak pada 5 Mac ini dan lawatan beliau bersama pemimpin-pemimpin tertinggi BN ke negeri itu pertengahan bulan depan, adalah petanda bahawa pilihan raya negeri Sarawak sudah semakin hampir.

"Saya juga dijadual untuk melawat Sarawak sekali lagi pada pertengahan bulan Mac, di mana kami (pemimpin-pemimpin BN) akan turun beramai-ramai," katanya dan menambah lain-lain negeri juga sedang membuat persiapan untuk mengadakan konvensyen BN masing-masing tidak lama lagi.

Tempoh DUN Sarawak akan berakhir pada Julai ini.

DUN Sarawak mempuunyai 71 Kerusi- dimana pada masa ini 63 kerusi berpihak kepada BN sementara 8 kerusi adalah pembangkang.

Melalui PRU-Sarawak- isu utama yang akan dibangkitkan oleh pihak pembangkang adalah isu personaliti Ketua menteri Sarawak-Taib Mahmud. Taib telah menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1981.

No comments:

Blog Archive