Friday, February 11, 2011

Ini lah individu yang mendakwa Isa Samad penentu harga pasaran Saham

Ini lah individu yang mengatakan bahawa pasaran saham tidak menentu disebabkan perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda. Latar belakang Isa Samad yang pernah digantung oleh Umno-kerana didapati mengamalkan politik wang, kononnya membawa persepsi negatif kepada pasaran saham.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah COO Maybank Investment Bank yang dilantik pada 16 June tahun 2010, mempersoalkan perlantikan Isa Samad. Namun COO Maybank itu, tidak pula mempertikai Jawatan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang-bekas banduan, Anwar Ibrahim juga bekas banduan sebagai faktor yang mempengaruhi pasaran saham.

Zafrul-hanya menggunakan kedudukkan sebagai COO bank untuk mengiakan-bahawa "persepsi" pasaran yang tidak menentu dikaitkan dengan seorang individu. Sepatutnya Zafrul-menguraikan bahawa pasaran saham bukanlah terletak kepada seseorang-namun pasaran saham tergantung kepada keadaan perekonomian dalam negara mahupun luar negara. Pasaran saham yang stabil kerana keyakinan para pelabur terhadap perekonomian-selain kestabilan politik-bukannya tergantung kepada individu seperti Isa Samad.

Selain Zafrul, seorang lagi yang bernama Zainal Aznam Mohd Yusof-anggota Majlis Penasihat Ekonomi negara (NEAC) mendakwa kononnya perlantikan Isa Samad menimbulkan kebimbangan kepada pasaran saham-kerana rekodnya dalam parti Umno-yang terpalit dengan politik wang. Isa Samad tidak pernah didapati bersalah di mana-mana mahkmah di negara ini, Isa Samad hanya dituduh oleh partinya sendiri.

Sepatutnya Zafrul dan Zainal mengemuka faktor-fakor persekitaran perekonomian yang boleh mempengaruhi pasaran saham bukan berasas kepada persepsi. Adalah sangat bahaya bahawa dengan kedudukan Zafrul dan Zainal boleh menjadikan faktor Persepsi sebagai faktor pasaran saham tidak menentu. Jika ini yang berlaku, maka kenaikkan pasaran saham diBSKL, akan dicurigai sebagai kenaikkan lopong, tanpa asas perekonomian yang kokoh. (Apa kata Salleh Majid??)

"Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. dalam forum badan pemikir baru-baru ini"

No comments:

Blog Archive