Merlimau bakal menjadi pusat tempur baru politik Malaysia selepas bertenang di Tenang. Ia bakal menjadi medan pilihan raya kecil ke 15 selepas pilihan raya umum 2008.
Barisan Nasional sudah tentunya mempertahankan kerusi itu. Bagi Pakatan pula jika digunakan pembahagian kerusi pilihan raya umum 2008, PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini.
Merlimau adalah salah satu dari lima Dun dalam Parlimen Jasin. Kesemuanya dimenangi oleh BN termasuk Parlimennya. Dun ini mempunyai 64 peratus pengundi Melayu, 22 peratus Cina dan 14 peratus India.
Mengikut rekod terbaru, ada 10,741 pengundi berdaftar di sini sekarang iaitu pertambahan seramai 270 pengundi baru berbanding PRU 2008.
Sebahagian besar penduduk Melayu di sini adalah penoreh getah di samping menjadi pegawai kerajaan. Cina pula adalah peniaga manakala India pekerja estet dan lain-lain pekerjaan.
Boleh dikatakan, Merlimau adalah satu kawasan pilihan raya yang terjaga dengan baik dari segi infrastruktornya. Inilah persepsi yang ada apabila buat pertama kalinya melawat kawasan ini. Projek pembangunan berjalan lancar manakala untuk orang Melayu, masjid mereka tersergam indah.
Persoalannya sekarang adalah, setakat manakah peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Semua yang ditemui berkata, ia agak rendah hatta untuk meningkatkan jumlah undi.
Namun sebagai bagi Pakatan walaupun DUN Merlimau ibarat api yang jauh dari panggang untuk menang, namun menurut sumber-sumber Pakatan tiga parti itu- PRK Merlimau seebagai medan latihan menuju PRU 13 sebagaimana Ijok di Selangor telah menyediakan medan yang baik untuk Pakatan Rakyat menawan Selangor pada tahun 2008 lalu.
Apa-apapun PRK Merlimau akan membawa kegembiran kepada para peniaga-kerana selama tempoh kempen itu-ruang-ruang niaga akan senantiasa berpelanggan.

No comments:
Post a Comment