Thursday, February 03, 2011

Cikgu Mala-kerana Tipu Muslihat Parti Mu anda tak jadi cikgu lagi

Cikgu Mala aka Normla Sudirman (38) isteri kepada Makrof Mutalib juga sebagai guru, yang mana sebelum 22 Januari masih sebagai guru, kini menjadi penganggur, kerana bujukan partinya, terutama oleh juak-juak Pas.

Juak-juak Pas begitu yakin, bahawa parti itu akan mampu melakukan kejutan di Tenang, kalau calon wanita dipilih untuk bertanding.

Sebelum pemilihan Normala, Persiden Pas-Haji Hadi Awang, mengatakan bahawa survei parti itu menunjukkan jika parti itu memilih wanita sebagai calon, maka Pas akan mampu melakukan kejutan di kubu kuat Bn itu.

Selain itu, Mazlan Aliman yang juga Ketua Penerangan Pas Johor-begitu yakin, bahawa Pas akan mampu melakukan upset atas generasi kedua dan ketiga Felda dikatakan menyokong Pas melalui ANAK pimpinannya.

Pendek kata setelah Normala dipilih sebagai calon dan semasa kempen PRK Tenang-berdatanganlah para pemimpin Pas.

Nizar Jamaluddin Mantan MB Perak misalnya membuat "Fatwa" kononnya Haram syarie mengundi Umno/BN dan Halal Syarie mengundi Cikgu Mala.

Fatwa Niizar itu ditambah lagi oleh Nik Aziz Menteri Besar Kelantan- bahawa siapa yang mengundi Umno/BN adalah jahil seperti di zaman jahiliah.

Selain itu Taburan Fitnah dan pembohongan pimimpinan Pakatan lain seperti Anwar Ibrahim, Sallahudin Ayub, Mahfuz Omar, Mat Sabu dan lain-lain, bukan sahaja berakibat penolakan kepada Normala-malah undi yang yang diperolehi Pas telah berkurangan ddibanding PRU-12 lalu. Memang benar, faktor cuaca menganggu kelancaran pengundian Tenang, namun itu bukan penyebab sebenar kekalahan teruk calon Pas- Normala Sudirman.

Calon Pas hanya mendapat undi 2,992 berbanding majoriiti Umno/BN 3,707 (Calon Umno/BN-Azhar Ibrahim mendapat 6,699 undi).

Kini, Pas merasa ketandusan isu terhadap BN. Mat Sabu misalnya menabur fitnah pula bahawa Zahid Hamidi-Naib Presiden Umno mempunayi 40 buah kereta mewah. Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor berbelanja RM120K semalam untuk menyewa bilik di Dubai.

Para pemipin PAS bertujuan meniupkan fitnah dan pembohongan kepada rakyat, agar rakyat menjadi benci.

Pakatan mahukan rakyat bangkit seperti rakyat Tunisia dan Mesir untuk menumbangkan kerajaan yang sah dan dipilih rakyat.

Sayang-sejak kewujudan Pas 50 tahun lalu-tiada lain cara mereka adalah menabur fitnah dan pembohongan. PRK demi PRK mereka menabur fitnah dan pembohongan, namun disebabkaan rakyat telah matang, maka fitnah dan pembohongan Pas itu ditepis dengan mudah oleh rakyat-dengan memberi kemenangan kepada BN.

Rekod menunjukkan sejak PRK Galas, Batu Sapi dan Tenang, sebenarnya rakyat telah menolak Pakatan Rakyat-kerana rakyat berangsur-angsur telah pulih daripada perangkap pembohongan dan fitnah Pakatan Rakyat.skan, insyaAllah PAS akan tersungkur lagi dalam PRK/PRU yang akan datang.

No comments:

Blog Archive