Salah satu isu kempen Pas di PRK Tenang-adalah kononnya pergerakkan wanita Labis melakukan sabotej kerana Ketua wanitanya yang pada awal-awalnya digembar-gemburkan akan dipilih mewakili BN, ternyata meleset.
Diisukan juga bahawa Ketua wanita Umno Labis itu-telahpun mencetak poster kerana yakin dipilih sebagai calon.
Haslinda Bte Salleh (38) yang masih bujang serta berasal dari Chaah itu bahkan media banyak menemuramah beliau selepas kematian ADUN Tenang dan beliau sendiri mengesahkan arwah rapat dengan pergerakan wanita Labis. Selain itu gesaan Ketua Pergerakkan Wanita Pusat Datuk Shahrizat bahawa meminta pucuk pimpinan agar wanita dipilih bertanding di PRK Tenang-menambah keyakinan Haslinda.
Sepatutnya para pemimpin UMNO termasuk Shahrizat tahu, bahawa kretiria calon sepertimana yang dikehendaki pucuk pimpinan adalah "winiable candidate" tidak semesti berasal daripada mereka yang mempunyai jawatan dalam parti.
Setelah dipilihnya Azhar Ibrahim, yang tidak berjawatan dalam parti-maka isu timbul, bukan sahaja dikalangan Umno sendiri, malah dijadikan isu oleh pembangkang.
Berasaskan kepada pengalaman di Tenang itu, eloklah Ketua Pergerakan Wanita Umno pusat itu bersabar, kalaupun tidak sabar-sabar agar wanita diberi peluang bertanding, berjumpalah dengan pucuk pimpinan untuk memberikan hujah, kenapa wanita perlu diberikan peluang bertanding di PRK Merliamu Melaka.
Sebenarnya- Umno/BN mahu mempertahankan DUN Merlimau-melalui calon yang disukai rakyat-samada ianya calon lelaki atau wanita.
Pergerakan Wanita UMNO mahu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka mempertimbangkan calon wanita bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.
Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, diminta mengulas tujuh nama termasuk seorang wanita yang diserahkan UMNO bahagian Jasin kepada Mohd Ali untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.
Shahrizat berkata jentera pilihan raya wanita UMNO telah bersiap sedia untuk membantu calon BN memenangi pilihan raya tersebut.
"Mereka sudah mahir dalam kerja-kerja pilihan raya dan mereka menunjukkan kepimpinan yang baik," katanya.
Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan

No comments:
Post a Comment