Saturday, January 01, 2011

Bukan islam masuk masjid- konsert: boleh: Antara fatwa baru Nik Aziz

Tahun 2010 menggambarkan perubahan besar-besaran bagi parti Pas. Pada tahun lepas, Nik Aziz memberi fatwa, bahawa bukan islam, tidak dilarang masuk masjid, kerana menurut Nik Aziz, zaman Nabipun, mesjid digunakan oleh mereka yang bukan islam termasuk aktiviti politik.

Selain itu, kini di Kelantan konsert musik juga telah dibenarkan, walaupun sebelum ini, konsert musik dilarang kerana akan membuka peluang pergaulan antara laki-laki dan perempuan.

Kritikan Pas selama ini terhadap kerajaan barisan nasional yang biasanya memberikan kebebasan kepada konsert serupa ini-berasaskan peraturan yang digariskan oleh kerajaan tempatan, akhirnya akur bahawa tindakan kerajaan BN itu betul.

Kini apa yang Pas tidak suka terhadap BN- mereka lakukan, ertinya mereka menerima konsep BN. Hanya, selama ini-BN belum mempraktikkan bahawa bukan islam boleh berada diruang solat masjid dan orang bukan islam bebas menggunakan kawasan masjid untuk ruangan riadah seperti areobik.

AYT bukan pakar agama-namun tindakan bukan islam menggunakan kawasan masjid sepertimana yang dilakukan oleh MP Serdang baru-baru ini-bukan norma di negara ini. Namun- bagi Nik Aziz perbuatan seperti itu tidak dilarang.

Pakar-pakar agama diminta mengulas pendirian Nik Aziz itu agar orang islam tidak terkeliru.

No comments:

Blog Archive