Tiada Pilihanraya Umum mengejut- demikian kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz yusof (gambar).
Setakat ini SPR hanya mempersiapkan PRK Dun Tenang-Johoryang bakal diadakanpada 30 Januari serta penamaan calon pada 22 Januari ini. Selain itu SPR juga teelah bersedia mengadakan Pilihanraya Umum Negeri Sarawak yang perlu diadakan sekurang-kurang pada Julai ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan pada bulan Mac ini ketika cuti persekolahan.
Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pilihan raya umum pada Mac ini meskipin ramai penganalisis berpendapat ia akan diadakan seawal-awalnya akhir tahun ini. Ini kerana Najib dikatakan mahu melihat beberapa projek ekonominya mendatangkan hasil terlebih dahulu.
"Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pilihan raya umum mesti diadakan setiap lima tahun.
"Kali terakhir, pilihan raya umum diadakan pada Mac 2008 dan pilihan raya seterusnya tidak perlu diadakan sebelum April 2013,” kata Abdul Aziz.
"Tidak terdapat tanda-tanda yang pilihan raya umum akan diadakan... mengapa kita mesti buat spekulasi. Ini bukan sesuatu yang kita buat suka-suka,” katanya.
Abdul Aziz berkata SPR juga belum diberikan dana untuk pilihan raya umum dan jika ia diadakan tahun ini, mereka perlu mengganda usaha mereka.
"Kita perlukan banyak wang, tenaga kerja dan perancangan yang memakan masa berbulan,” katanya.
Menurut Abdul Aziz, 80 peratus daripada tenaga kerja SPR adalah pekerja separuh masa yang membantu sebelum, semasa dan selepas pilihan raya umum.

No comments:
Post a Comment