Saturday, January 29, 2011

Satu lagi wakil Rakyat Pakatan keluar Parti

Jika benar lah dakwaan Azmin Ali bahawa angin dunia arab yang menukar kerajaan menular di negara ini- sudah pasti parti itu tidak kehilangan wakil rakyat.

Sebentar tadi-Wakil Rakyat Padang Serai- N. Golalakrishnan keluar PKR dan berkuatkuuasa serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi laman sosial twitter beliau yang berbunyi: "Selamat Pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam parti PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru".

Keputusan beliau untuk meletakkan semua jawatan dalam parti dibuat dalam tempoh kurang sebulan selepas beliau diberikan surat tunjuk sebab kerana mengkritik parti dan pucuk pimpinan melalui surat 45 halaman dari parti bertarikh 31 Dis, 2010 melalui faksimili.

Gobalakrishnan diminta memberikan penjelasan mengenai tindakannya itu kepada PKR dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat itu.

Bagaimanapun, Gobalakrishnan berkata tempoh tujuh hari itu tidak adil dan tidak munasabah kerana beliau hanya mempunyai masa tiga hari untuk menjawab surat itu dan sebaliknya meminta 45 hari untuk menjawab surat itu kerana beliau perlu meneliti pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Gobalakrishnan diberikan surat tunjuk sebab itu kerana mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah mengarahkan penutupan kuil Sivan di Petaling Jaya, Selangor.

No comments:

Blog Archive