Sunday, January 16, 2011

Pramugari MAS ditemui mati di Hotel Radisson Amsterdam Belanda

Walaupun polis Belanda menafikan bahawa tiada unsur jenayah ke atas seorang pramugari penerbangan Malaysia (MAS) Chin Swee Len namun keadan mayatnya yang dijumpai oleh kakitangan Hotel tersebut kira-kira jam 9 pagi di tempat letak kereta Hotel itu menunjukkan sebaliknya.

Sumber daripada pihak polis Belanda mengatakan bahawa Swee Lin telah diserang sebelum dicampakkan keluar melalui jendela Hotel dimana dia menginap.

Dalam perkembangan yang sama seorang jurucakap Wisma putera mengatakan bahawa pihaknya telahpun dimaklumkan oleh pihak polis Belanda mengenai kematian Swee lin.

Bilik Swee Len (34) yang berada di tingkat 4 Hotel Radisson dikatakan dipecah dan digelidah.

Menurut jadual- Chin Swee Len akan terbang ke Kuala Lumpur melalui MH17 pada 14 Januari pada masa mayatnya ditemukan.

Swee Len sudah berumah tangga dengan anak satu dan menyertai MAS pada tahun 1997.
– Bernama

No comments:

Blog Archive