Friday, January 14, 2011

Rahimi Osman: apa cerita sudah?

Oktober 2010-cerita mengenai Rahimi Osman menghangat-ekoran laporan polisnya dan mendakwa bahawa akuan bersumpahnya yang ditandatanginya sebenarnya mengandungi maklumat palsu terutama yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor.

Rahimi dalam laporan polisnya mengatakan bahawa dia dipaksa menandatangi akuan bersumpah dimana isi kandungannya telah di ubah oleh seorang pemimpin PKR Latheefa Koya. Latheefa Koya bersama Ketua Pemuda PKR Kedah Saiful Izham Ramlitelah memaksa Rahimi membuat dua laporan bersumpah pada tahun 2008.

Berikutan tindakan dua pemimpin PKR itu- Rahimi membuat laporan polis tahun lalu.

Dalam laporannya, beliau berkata akuan bersumpah berkenaan dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

Rahimi adalah pembantu Anwar pada tahun 2007 dan 2008 dan dikatakan antara mereka yang paling rapat dengan ketua umum PKR itu semasa pilihan raya umum.

Beliau direkrut pada Mac 2007 bagi mengemas-kini blog Anwar, selepas kandas dalam peperiksaannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Jejaka berusia 25 tahun itu ditempatkan di pejabat PKR di Seksyen 16, Petaling Jaya yang juga dianggotai oleh kakitangan lain seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tzin dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah - semua mereka sekarang ini adalah perwakilan PKR.

Seorang lagi kakitangan adalah Nathaniel Tan yang mengendalikan sebuah lagi pejabat di Phileo Damansara.

"Rahimi menyertai pada mulanya sebagai seorang sukarelawan. Tetapi beliau kemudian menguruskan semua temu-janji Anwar khususnya ketika tempoh pilihan raya kerana semua pembantu lain sibuk dengan kempen masing-masing,” kata seorang lagi kakitangan, Farhash Wafa Salvador.

Yang menarik, Rahimi adalah rakan sekolah Mohd Saiful Bukhari Azlan, di SMK Damansara Utama.

Saiful adalah pembantu kepada Anwar yang mendakwa dirinya diliwat tanpa rela oleh ketua pembangkang itu.

Rahimi juga adalah orang yang memperkenalkan Saiful kepada bossnya itu.

Perkara berkenaan didedahkan oleh Saiful semasa perbicaraan kes liwatnya itu.

Malah, nama Rahimi ditimbulkan sebanyak dua kali pada perbicaraan berkenaan.

Saiful juga membuat pengakuan bahawa Rahimi menghubunginya untuk berbual pada satu ketika pada Mac 2008 sebelum pilihan raya umum diadakan. -

Cerita mengenai Rahimi yang panas pada tahun lalu-kini menghangat kemabli apabila bloger GAP menulis dan membandingkan antara wajah Rahimi dan Azmin semasa muda. Melihat kepada wajah Rahimi dan Azmin seperti pelandok dua serupa.

GAP mengulas- ada kemungkinan Rahimi direkrut Anwar atas sebab persamaan wajah antara Azmin semasa muda dengan Rahimi Osman.

AYT bersetuju dengan GAP bahawa Nostalgia semasa Anwar mengenal Azmin semasa muda membawa kepada direkutnya Rahimi sebagai pembantu khas Anwar.

No comments:

Blog Archive